Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 3:34 PM
- Oleh: BERNAMA
(Ubah saiz teks)
ALOR SETAR: Enam pelajar Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) pada Selasa memfailkan saman terhadap universiti itu kerana dakwaan gagal memberi notis penutupan AiU dalam tempoh yang ditetapkan oleh Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.
Plaintif terdiri daripada Mohd Raimy Fahmy Mohd Radzi, 22; Muhamad Hanif Ahmad Fauzi, 21; Hanif Hafifi Mahali, 21; Mohamad Hanif Kamaruddin, 21; Muhammad Syafiq Abd Shamad, 21, dan Farhan Sani Safiyuddin, 20.
Saman itu yang difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini oleh peguam plaintif, Fatimah Idris, menamakan AiU sebagai defendan pertama manakala Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta serta Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua dan ketiga.