Thursday 11 September 2014

Penceramah Bebas Didakwa Diatas Tuduhan Menghasut


Diterbitkan: Rabu, 10 September 2014 4:14 PM
Wan Ji (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu.
  (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM: Seorang penceramah bebas pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menerbitkan penerbitan menghasut bagi menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui laman sosial Facebook dua tahun lepas.
Wan Ji Wan Hussin, 32, didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5 di sini pada 10 pagi, 5 Nov lepas.
Wan Ji didakwa mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

2 Ahli PPS Mengaku Tidak Bersalah Bergaduh Di Tempat Awam


Diterbitkan: Rabu, 10 September 2014 11:25 AM
  (Ubah saiz teks)
GEORGE TOWN: Tiga lelaki termasuk dua anggota sebuah pertubuhan tidak berdaftar, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Rabu atas pertuduhan bergaduh di tempat awam bulan lepas.
Aktivis sosial, Ong Eu Soon, 51, dan dua anggota PPS Lee Chan Kwong, 36, serta Lee Yew Kuen, 66, didakwa bertumbuk antara satu sama lain di hadapan Pasar Farlim Bandar Baru, Air Itam pada pukul 10.45 pagi, 17 Ogos lepas.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pelajar UiTM Cedera Parah Ditikam Di Melaka


Diterbitkan: Khamis, 11 September 2014 12:25 AM
  (Ubah saiz teks)
ALOR GAJAH: Seorang pelajar wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Alor Gajah cedera parah selepas ditikam sebanyak enam kali oleh seorang lelaki dalam satu rompakan di Pangsapuri Dimensi di Lendu di sini, awal pagi Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, DSP Abd Rahman Jid berkata ketika kejadian pada 5.30 pagi, Siti Irina Ridzwan, 20, pelajar Diploma Komunikasi Massa sedang nyenyak tidur di sebuah bilik di tingkat satu pangsapuri berkenaan manakala empat lagi rakannya berada di dua bilik berasingan.

Beliau berkata mangsa yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan kemudian didatangi seorang lelaki berumur 30-an yang bertindak menekan dada wanita tersebut dan memintanya untuk diam.

Lelaki Cari Madu Kelulut Maut Dihempap Dahan Pokok


Diterbitkan: Rabu, 10 September 2014 5:28 PM
Gambar hiasan.
  (Ubah saiz teks)
ALOR SETAR: Seorang lelaki maut selepas dihempap dahan pokok ketika mencari madu kelulut bersama rakannya di Kampung Pokok Asam, Padang Pusing, Pendang malam Selasa.
Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, Mohd Fakhrul Rozi Zainuddin, 27, yang tinggal di Kampung Paya Sulaiman, Pendang maut selepas dahan pokok yang dipotongnya menghempap dadanya menyebabkan beliau tersepit di atas pokok.
Bapanya Zainuddin Ahmad, 52, berkata anak kedua dari tujuh beradik itu menggunakan gergaji enjin untuk memotong dahan pokok yang mempunyai madu kelulut sebelum dahan itu jatuh menghempap dadanya.