Wednesday 11 March 2015

Rasuah: 14 Individu Termasuk Empat Anggota TLDM Ditahan Reman


Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 7:16 PM
Sebahagian daripada 14 individu, termasuk lima pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang ditahan reman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
  (Ubah saiz teks)
IPOH: Sejumlah 14 individu, termasuk lima pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, ditahan reman tujuh hari bermula Selasa bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Majistret Rahimah Rahim membenarkan kesemua suspek yang berumur lingkungan 30-an hingga 50-an, direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Lima penjawat awam itu, termasuk seorang wanita, disiasat mengikut Seksyen17(a) ASPRM kerana disyaki menerima suapan sebagai upah atau dorongan untuk mengambil tindakan atau tidak mengambil tindakan, yang berkaitan dengan tugasrasmi mereka.

Sembilan orang awam, termasuk seorang wanita, pula disiasat mengikut Seksyen17(b) ASPRM kerana disyaki memberi suapan.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, antara sebabpihaknya menahan kesemua suspek ialah selepas menerima aduan berhubung gaya hidup mewah mereka.

Rafizi lapor isu 1MDB, kena tahan kes demo



Polis terus menahan pemimpin pembangkang berhubung siasatan kes perhimpunan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sabtu lalu.

Terbaru, Naib Presiden PKR Rafizi Rafizi ditangkap ketika hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur untuk membuat aduan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rafizi ditahan jam 7 malam bagi siasatan bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.

Beliau dibebaskan dengan jaminan polis jam 9.10 malam selepas keterangannya diambil.

Ketua PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (foto, dengan mikrofon), yang ditahan dua hari lalu, dibebaskan jam 8.20 malam ini, kata peguamnya Melissa Sasidaran.

Seorang lagi pemimpin demonstrasi Kita Lawan, Fariz Musa (foto, pakai topi)ditahan hari ini dan belum dibebaskan.

Menurut kenyataan biro komunikasi PKR, Rafizi ditahan sejurus selesai memberi keterangan berkenaan dakwaan berkaitan syarikat pelaburan negara itu.

MB: Perjanjian batal demi kedaulatan S'gor



Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menegaskan bahawa perjanjian penstrukturan air di antara Selangor dan kerajaan Persekutuan lupus secara automatik apabila kerajaan Persekutuan cuba mengambil alih 26,000 kilometer jajaran tanah Selangor.

Menurut Azmin, perjanjian yang ditandatangani pada 12 September 2014 sebelum ini hanya melibatkan pemindahan aset air dari Selangor kepada kerajaan Persekutuan, dan bukannya tanah.

Tegasnya, syarat baru yang cuba diperkenalkan oleh kerajaan Persekutuan itu tidak selaras dengan semangat perjanjian itu.

"Percanggahan dari perjanjian utama yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan akan menyaksikan kerajaan negeri hilang kedaulatan ke atas tanah dan aset air milik Selangor.

"Kedaulatan Selangor adalah nombor satu," kata Azmin pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.