Wednesday, 13 December 2017

Peguam AS terkejut dilarang berjumpa Anwar


 
12 Dec 2017, 8:45 pm      12 Dec 2017, 8:48 pm
Peguam hak asasi manusia Amerika Syarikat (AS) Kimberley Motley menyatakan perasaan terkejutnya kerana Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak memberi kebenaran untuknya bertemu anak guamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, beliau cuba untuk bertemu Anwar di hospital atas kapasitinya sebagai peguam Anwar, tetapi permintaannya ditolak.
"Saya terkejut apabila Zahid dan kerajaan Malaysia tidak memberikan kebenaran untuk pertemuan ini.
"Pilihan untuk seseorang itu bertemu penasihat perundangannya ketika dipenjara adalah satu perkara asas.
"Penolakan ini adalah pelanggaran kepada piawai antarabangsa berhubung akses kepada keadilan, dan memburukkan imej Malaysia," katanya dalam kenyataan.
Motley juga bertemu dengan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, untuk mendapatkan sokongannya dalam usaha membebaskan Anwar daripada penjara.