Friday 26 December 2014

41 Keluarga Mangsa Letupan Bom Berdaftar Dengan JKM


Diterbitkan: Khamis, 25 Disember 2014 10:13 PM
Anggota polis masih kelihatan menjalankan siasatan di tempat kejadian letupan bom yang mengorbankan tiga orang di Taman Ria Mesra pada Khamis. Foto: BERNAMA
  (Ubah saiz teks)
GURUN:  Sebanyak 41 daripada 45 keluarga yang terlibat dalam kejadian letupan bom di sebuah rumah di Taman Ria Mesra 2 di sini petang Rabu telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina Kedah Datuk Dr Leong Yong Kong berkata pihak JKM akan mengenal pasti empat keluarga lagi yang belum didaftarkan dalam senarai mangsa terlibat.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun berkata mang sayang terlibat akan diberi bantuan awal oleh pihak JKM sebelum bantuan susulan daripada kerjaaan negeri selepas proses siasatan di tempat kejadian selesai. 

Suami Isteri Hilang Dihanyut Arus Deras Setelah Bot Penyelamat Karam di Kemaman


Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 11:25 PM
Jambatan Teladas menghubungkan Kampung Teladas dengan Kampung Air Putih ditenggelami air selepas paras air Sungai Kemaman melebihi paras bahaya di sini, hari ini. -- fotoBERNAMA
  (Ubah saiz teks)
KEMAMAN: Sepasang suami isteri hilang setelah bot penyelamat yang dinaiki mereka bersama tiga anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta tiga lagi mangsa banjir terbalik dan karam di Kampung Geliga Che Akob di sini, Rabu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Md Salleh Sarbini berkata mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Nur Hayati Sulong dan suaminya Suhaimi Awang.

Beliau berkata dalam kejadian 1.20 tengah hari itu bot berkenaan dalam proses memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan dan semua anggota serta mangsa menggunakan jaket keselamatan selain mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

"Bagaimanapun ketika dalam perjalanan, bot yang dinaiki mereka terperangkap pada pusaran air dan menyebabkan bot yang dinaiki tiga anggota bomba dan lima mangsa banjir itu terbalik," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Belum ada keputusan rayuan kes bunuh Altantuya



Semalam genap enam bulan sejak rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan dua anggota polis Unit Tindakan Khas, ketua inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, didengar di Mahkamah Persekutuan dalam kes yang melibatkan kematian Altantuya Shaariibuu.
 
Bagaimanapun, belum ada keputusan oleh panel lima anggota yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mendengarnya di mahkamah tertinggi negara itu.
 
Ini telah disahkan oleh Timbalan Peguamcara 1 Tun Abdul Majid Tun Hamzah, dan peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar yang mewakili Azilah dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Sirul.
 
"Sehingga kini, tiada tarikh ditetapkan," kata Tun Majid kepadaMalaysiakini. Para peguam lain juga bercakap dengan Malaysiakinipada masa yang berlainan minggu ini.
 
Secara umumnya, hakim diberikan tempoh sehingga tiga bulan untuk menulis penghakiman mereka.
 
Bagaimanapun, Arifin ketika mengulas kes Liwat II terhadap Datuk 
Seri Anwar Ibrahim berkata awal bulan ini bahawa para hakim harus diberi tempoh masa yang munasabah untuk menyelesaikan penghakiman kerana setiap kes berbeza.
 
Katanya, amalan standard bagi Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan ialah untuk melengkapkan penghakiman dalam tempoh tiga bulan selepas kes didengar.
 
Beliau telah dipetik oleh Bernama sebagai berkata dalam sesetengah kes, mahkamah (Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) akan mengambil masa yang lebih lama, mungkin sehingga enam bulan untuk menyiapkan penghakiman itu - bergantung kepada kerumitan kes.
 
Selain Arifin, hakim-hakim lain dalam panel lima anggota dalam kes Altantuya itu adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop dan Tan Sri Suriyadi Halim Omar.
 
Rayuan pihak pendakwaan didengar selama tiga hari pada bulan Jun.