Monday 30 June 2014

Dua Warga Tempatan Cedera Ditembak Ketika Perjalanan Pulang


Diterbitkan: Ahad, 29 Jun 2014 7:52 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Dua orang warga tempatan termasuk seorang wanita daripada sekumpulan lapan sahabat, cedera ditembak suspek tidak dikenali di Puchong Gateway, berhampiran Km30.6 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), awal pagi Ahad.

Dalam kejadian 5.10 pagi itu, enam lelaki dan dua wanita itu yang menaiki tiga buah kereta, sebelum itu dipercayai berada di sebuah rumah rakan mereka di Kampung Baru, Batu 14, Puchong.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata, kesemua mereka yang ketika itu dalam perjalanan pulang, telah didatangi sebuah motosikal Honda EX5 hitam yang ditunggangi dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.