Tuesday, 11 November 2014

Tembak Lelaki Hingga Cedera, Ketua Kampung Ditahan


Diterbitkan: Selasa, 11 November 2014 2:42 PM
  (Ubah saiz teks)
TAWAU: Polis menahan seorang ketua kampung selepas dipercayai melepaskan tembakan sehingga mencederakan seorang lelaki di Kampung Batu 2, Jalan Apas di sini, Isnin.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata dalam kejadian 1.15 pagi itu, suspek berusia 62 tahun itu melepaskan dua das tembakan untuk menakut-nakutkan beberapa lelaki yang dikatakan cuba menyerangnya.
"Ketika kejadian beberapa lelaki dikatakan telah menyerang dengan melemparkan objek ke rumah beliau menyebabkan dia berang dan terus keluar rumah dan melepaskan dua das tembakan amaran untuk menakut-nakutkan penyerang terbabit.

Hukuman Sebat-Mandatori Harus Dilaksanakan Ke Atas Ejen Haram Pati - Ahmad Zahid


Diterbitkan: Selasa, 11 November 2014 7:39 AM
Ahmad Zahid Hamidi.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mencadangkan agar hukuman sebat mandatori dikenakan ke atas ejen haram yang membawa masuk pendatang tanpa izin (Pati) ke negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia akan memberi pengajaran kepada golongan itu yang sebelum ini dilihat tidak takut dengan tindakan penguatkuasaan yang dilakukan.

"Denda dan hukuman yang dikenakan terhadap pesalah ini tidak setimpal. Oleh sebab itu, hukuman sebat secara mendatori mesti dibuat selain menambah kadar denda sedia ada bagi memastikan pesalah-pesalah ini serik melakukan kesalahan," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada Bernama selepas menjadi tetamu undangan Program Ruang Bicara Bernama TV di sini malam Isnin.

Liwat II: Prosiding Selesai, Keputusan Diumum Kemudian


Diterbitkan: Jumaat, 7 November 2014 4:03 PM
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Jumaat selesai mendengar rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap hukuman penjara lima tahun kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Bagaimanapun panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria akan menetapkan satu tarikh yang akan diberitahu kemudian untuk penghakiman terhadap rayuan tersebut.
Rayuan yang berlangsung selama lapan hari selesai selepas mahkamah mendengar hujah daripada pihak pembelaan dan pendakwaan.
Prosiding pada hari kelapan itu bermula pukul 3 petang dan berakhir kira-kira 50 minit kemudian.
Panel hakim yang mendengar rayuan Ketua Pembangkang itu turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Presiden PMUM Antara Lapan Mahasiswa Ditahan Cuba Anjur Ceramah Umum


Diterbitkan: Ahad, 9 November 2014 10:23 PM
Fahmi Zainol (dua kanan) antara lapan mahasiswa yang ditahan selepas mengadakan ceramah umum di Kota Kinabalu. -foto Facebook Fahmi Zainol
  (Ubah saiz teks)
KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol antara lapan mahasiswa yang ditahan selepas mengadakan ceramah umum di pasar ria Jalan Gaya di sini.

Difahamkan, pihak polis menahan kumpulan mahasiswa berkenaan pada tengah hari, Ahad.

Fahmi sendiri turut memuat naik gambar dia dan tujuh lagi mahasiswa lain di lamanFacebook dan Twitter miliknya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra mengesahkan mengenai penahanan berkenaan.

"Penahanan mereka bagi membolehkan pihak polis merekod keterangan dan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perbuatan mereka," katanya ketika dihubungi.