Monday, 23 February 2015

Saya dedah waktu sesuai, kata Sirul



Bekas anggota polis Sirul Azhar Umar berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan Australia kerana memberi pelindungan kepadanya sepanjang beliau ditahan di negara itu.

Dalam telesidang bersama Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pada kira-kira jam 1.28 petang, Sirul berkata beliau tidak berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun, bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu berkata, beliau akan memberi kenyataan pada waktu yang sesuai.

"Saya menghormati sepenuhnya pemerintahan kerajaan Australia yang mana saya sekarang bawah lindungan pihak Asutralia. Dan saya perlu menghormati negara Australia.

“Saya tak berhasrat untuk membuat kenyataan di masa ini. Bagaimanapun saya akan cuba  membuat satu kenyataan dari masa ke semasa dan apabila waktu sesuai," katanya.

Selepas itu, beliau hanya mengucapkan "terima kasih" dan meletakkan telefonnya tanpa mengambil sebarang soalan daripada pemberita.

Telesidang itu bermula lambat apabila Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar tidak dapat menghubungi walaupun percubaan berkali-kali dibuat.
 

Anak Anggota Polis Mati Ditembak Di Sungai Siput


Diterbitkan: Sabtu, 21 Februari 2015 2:16 PM
  (Ubah saiz teks)
IPOH: Anak seorang anggota polis mati ditembak pada bahagian lengan kiri, bahu kanan, pipi kiri serta belakang kepala di tempat letak kereta di kediamannya di Lorong Lapan, Taman Tun Sambanthan dekat Sungai Siput di sini, Jumaat malam.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supritendan Wan Jamil Wan Chik berkata, dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam, lelaki berusia 28 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena empat das tembakan.
Beliau berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian daripada bapa mangsa yang terdengar bunyi tembakan di hadapan rumahnya.
"Hasil siasatan mendapati mangsa yang ketika itu menaiki kereta seorang diri dipercayai ditembak dengan beberapa das tembakan ketika turun dari kereta hendak masuk ke rumah," katanya dalam kenyataan, Sabtu.

Jude Pereira: Biar rakyat hakimi



Pegawai penyiasat kes Liwat II Jude Pereira enggan mengulas berhubung dakwaan terdapat cubaan untuk mempengaruhi kes itu oleh pengerusi NGO MyWatch R Sri Sanjeevan.

Jude memberitahuMalaysiakini bahawa beliau tidak akan mengulas perkara itu, termasuk berhubung penafian Sanjeevan (kanan).

Beliau juga enggan menjawab soalan sama ada membuat laporan polis dalam isu itu.

“Maaf, saya tidak dapat buat sebarang komen.

“Biarlah rakyat menghakiminya,” kata Pereira.

Baru-baru ini, satu laporan telah muncul yang mendakwa bagaimana Pereira diminta membuat kenyataan umum mendakwa ada konspirasi terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Telesidang dengan Sirul esok diteruskan



Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, sidang media secara telesidang bersama Sirul Azhar Umar tetap diadakan esok.

Walaupun terdapat laporan yang mengatakan Jabatan Imigresen Australia tidak membenarkan sebarang temubual diadakan bersama bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu, namun Mahfuz berkata sidang media tetap dijalankan dan sebarang kemungkinan hanya akan diketahui esok.

"Ya, tetap akan dibuat. Pada pukul 11.33 pagi. (Sebarang kemungkinan) tak tahu. Esok baru kita akan tahu. Selama ini saya ada telefon dia (Sirul), bercakap dengan dia dan saya pun ada e-mel dengan dia.

"Saya dah dapat persetujuan dia dulu, baru saya umumkan mengenai sidang media itu dan dia setuju," kata Mahfuz ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini, seorang jurucakap imigresen Australia memberitahu, jabatan tersebut tidak meluluskan sebarang temubual televisyen dengan Sirul yang kini ditahan di pusat tahanan Villawood, Sydney.