Monday 23 February 2015

Saya dedah waktu sesuai, kata Sirul



Bekas anggota polis Sirul Azhar Umar berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan Australia kerana memberi pelindungan kepadanya sepanjang beliau ditahan di negara itu.

Dalam telesidang bersama Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pada kira-kira jam 1.28 petang, Sirul berkata beliau tidak berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun, bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu berkata, beliau akan memberi kenyataan pada waktu yang sesuai.

"Saya menghormati sepenuhnya pemerintahan kerajaan Australia yang mana saya sekarang bawah lindungan pihak Asutralia. Dan saya perlu menghormati negara Australia.

“Saya tak berhasrat untuk membuat kenyataan di masa ini. Bagaimanapun saya akan cuba  membuat satu kenyataan dari masa ke semasa dan apabila waktu sesuai," katanya.

Selepas itu, beliau hanya mengucapkan "terima kasih" dan meletakkan telefonnya tanpa mengambil sebarang soalan daripada pemberita.

Telesidang itu bermula lambat apabila Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar tidak dapat menghubungi walaupun percubaan berkali-kali dibuat.
 

No comments:

Post a Comment