Tuesday 26 December 2017

HEBAT SUNGGUH FELDA BERNIAGA


 Hari ini, 12:15 pm      Hari ini, 12:26 pm 
ULASAN l Satu Malaysia heboh apabila media perdana membongkar kisah empat bidang tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai RM250 juta, telah dijual tanpa dapat satu sen pun kepada Felda.
Menurut laporan, nilai semasa tanah berkenaan jauh melebihi anggaran tersebut iaitu mencecah kira-kira RM1 bilion berasaskan nilai tanah RM1,300 kaki persegi bagi kawasan berkenaan.
Sebuah syarikat swasta diberi kuasa wakil oleh Felda untuk hak milik kepada tanah berkenaan. Ini kata Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad seperti yang dilaporkan media.
Menurut Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) Salkukhairi Abdul Sukor, memberi surat wakil kuasa penuh samalah seperti menyerahkan sepenuhnya projek dan tanah kepada pemaju.
"Syarikat itu jual tanah kepada diri sendiri dengan jumlah nilai yang disebut itu, wakil FELDA tiada yang tandatangan (dokumen penjualan), dia jual sendiri kepada pihak dia," kata Shahrir.
Aneh kata-kata Shahrir itu. Cuba baca semula - sebuah syarikat diberi kuasa oleh Felda untuk memegang hak milik tanah, kemudian ia menjualnya kepada diri sendiri tanpa tandatangan wakil Felda.

Wednesday 20 December 2017

Mahkamah Tinggi benar Badan Peguam ajukan lima soalan


 19 Dec 2017, 2:37 pm      19 Dec 2017, 2:41 pm MALAYSIAKINI
Badan Peguam hari ini mendapat kebenaran untuk menimbulkan lima daripada enamsoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan berhubung pelantikan kontroversi Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang masing-masing melepasi had umur persaraan mandatori 66 tahun dan enam bulan.
Keputusan itu dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi, Datin Azizah Nawawi.
Walau bagaimanapun, beliau tidak memberikan kebenaran untuk permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Setiausaha Penolong Parti Amanah Negara, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus agar Raus menjelaskan pelantikannya.

Wednesday 13 December 2017

Peguam AS terkejut dilarang berjumpa Anwar


 
12 Dec 2017, 8:45 pm      12 Dec 2017, 8:48 pm
Peguam hak asasi manusia Amerika Syarikat (AS) Kimberley Motley menyatakan perasaan terkejutnya kerana Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak memberi kebenaran untuknya bertemu anak guamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, beliau cuba untuk bertemu Anwar di hospital atas kapasitinya sebagai peguam Anwar, tetapi permintaannya ditolak.
"Saya terkejut apabila Zahid dan kerajaan Malaysia tidak memberikan kebenaran untuk pertemuan ini.
"Pilihan untuk seseorang itu bertemu penasihat perundangannya ketika dipenjara adalah satu perkara asas.
"Penolakan ini adalah pelanggaran kepada piawai antarabangsa berhubung akses kepada keadilan, dan memburukkan imej Malaysia," katanya dalam kenyataan.
Motley juga bertemu dengan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, untuk mendapatkan sokongannya dalam usaha membebaskan Anwar daripada penjara.

Thursday 7 December 2017

Polis: Siasatan kes KP SPRM selesai minggu ini


 6 Dec 2017, 7:07 pm      6 Dec 2017, 7:13 pm
Polis akan menyelesaikan siasatan kes hubungan sulit yang didakwa melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
"Kertas siasatan akan siap minggu ini, kami berharap akan dapat selesaikannya minggu ini," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Ketika ditanya sama ada polis telah mengambil kenyataan Dzulkifli, beliau (gambar) berkata, "Ia meliputi semua aspek,jadi saya tidak akan mengulas lanjut."
image: https://i.malaysiakini.com/1190/c1c8cdb6538d3176a9d40fdb8ff9a42c.jpeg

Beliau juga enggan menjelaskan sama ada polis telah mengesahkan individu dalam video bersama seorang wanita yang dikatakan dirakam di Bali itu.
Dzulkifli disiasat di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas dakwaan menggoda isteri orang. Polis telah menghantar kertas siasatannya kepada Pejabat Peguam Negara sebanyak dua kali, tetapi ditolak.

Saturday 2 December 2017

Peguam: Bukti dari Dr M tiada dalam laporan RCI forex

 1 Dec 2017, 9:40 pm      1 Dec 2017, 10:03 pm
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian tukaran mata wang asing melibatkan Bank Negara pada tahun 1990-an tidak memasukkan dokumen-dokumen penting yang dibekalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pendengaran itu, kata peguam Hanif Khatri Abdulla.
Peguam kepada bekas perdana menteri itu memberitahu Malaysiakini bahawa anak guamnya telah menyediakan 495 muka surat dokumen sokongan dan penyerahan bertulis.
"Sesiapa sahaja yang membaca laporan itu hanya akan mengetahui hasil penemuan dan cadangan RCI, tanpa mengetahui apa bahan yang dikemukakan oleh anak guam saya.