Tuesday, 12 August 2014

Ugut Bunuh Ibu: Penganggur Dihukum Penjara Lima Tahun


Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 8:16 PM
  (Ubah saiz teks)
KOTA BAHARU: Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas seorang penganggur yang mengugut untuk membunuh ibunya sendiri.

Majistret Nik Habri Muhamad membuat keputusan itu selepas Zulkifli Salleh, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Zukifli didakwa mengacukan sebilah pisau sambil berkata "Aku bunuh mu" kepada Mek Bidah Hanapi, 51, dengan niat untuk menyebabkan ketakutan di rumah mereka di Kampung Tikat, Jalan PCB, Badang di sini pukul 7.40 malam pada 29 Jun lepas.

Tertuduh ditahan pada 2 Julai lepas dan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala Zulkifli tidak diwakili peguam.

Kes Kugan: Polis Bertindak Umpama Hakim & Juri - Mahkamah Rayuan


Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 7:52 PM
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Polis bertindak umpama hakim dan juri dalam menangani aduan berhubung kes kematian suspek curi kereta mewah A. Kugan, yang meninggal dunia semasa dalam tahanan lima tahun lepas.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, dalam penghakiman setebal 51 muka surat, berkata tindakan sedemikian tidak kena pada tempatnya kerana pada masa itu, pasukan polis yang 'sedang dibicarakan.'

"Untuk membenarkan polis menentukan apa yang perlu dilakukan umpama meminta pesalah melakukan siasatan mereka sendiri dan menentukan tindakan selanjutnya.

"Secara munasabahnya, perkara ini tidak boleh berlaku," kata Hakim Datuk David Wong Dak Wah dalam penghakiman itu, yang diedar kepada media di sini Isnin.

Polis Kesan Individu Sebar Dakwaan Berlaku Pergaduhan di Ipoh


Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 8:05 PM
  (Ubah saiz teks)
IPOH: Polis Perak sedang mengesan individu yang menyebarkan dakwaan di laman sosial kononnya berlaku pergaduhan di antara kaum di bandar raya ini.

Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, polis sedang menyiasat perkara itu dan akan mengenakan tindakan tegas terhadap individu yang menyebarkan dakwaan itu.

"Kita (polis) akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka di bawah Akta Hasutan, Akta Jenayah Komputer, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta di bawah Kanun Keseksaan terhadap mereka yang menghasut dan mereka-reka cerita," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, Isnin.

Abu Sayyaf Tuntut RM5 Juta Untuk Bebas Tebusan Polis


Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 4:41 PM
Zakiah (kiri) bersama isterinya Sharifah Erna Berson serta anak lelakinya yang berusia empat bulan, Mohamad Hisham. -Gambar fail
  (Ubah saiz teks)
KOTA KINABALU: Kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf dikatakan telah menuntut wang sejumlah RM5 juta bagi membebaskan Zakiah Aleip, konstabel polis marin yang telah diculik di Semporna pada 12 Julai lalu.

Zakiah, 26, telah dibawa lari oleh sekumpulan lelaki bersenjata Filipina dari Pulau Mabul manakala rakannya Korperal Ab Rajah Jamuan, 32, ditembak mati dalam satu serbuan di sebuah resort.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman enggan mendedahkan jumlah yang diminta tetapi berkata rundingan untuk menjamin kebebasan Zakiah mungkin mengambil masa yang lama kerana jumlah tersebut adalah terlalu tinggi.

Beliau berkata sejumlah 42 panggilan diterima oleh isteri Zakiah dan anggota polis yang lain sama ada daripada Zakiah atau lelaki dari kumpulan bersenjata.

"Lelaki bersenjata juga telah memberikan peluang kepadanya (Zakiah) untuk bercakap dengan isteri dan ahli keluarga beliau, terutamanya pada waktu petang atau malam," katanya.