Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 7:52 PM
(Ubah saiz teks)
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, dalam penghakiman setebal 51 muka surat, berkata tindakan sedemikian tidak kena pada tempatnya kerana pada masa itu, pasukan polis yang 'sedang dibicarakan.'
"Untuk membenarkan polis menentukan apa yang perlu dilakukan umpama meminta pesalah melakukan siasatan mereka sendiri dan menentukan tindakan selanjutnya.
"Secara munasabahnya, perkara ini tidak boleh berlaku," kata Hakim Datuk David Wong Dak Wah dalam penghakiman itu, yang diedar kepada media di sini Isnin.
Seksyen itu memperkatakan kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan bagi mendapatkan pengakuan atau memaksa pengembalian sesuatu harta.
Wong berkata tindakan itu bertentangan dengan konsep keadilan dan ketelusan kerana apa yang berlaku menyaksikan polis bertindak umpama hakim dan juri dalam kes berkenaan.
Dalam penghakiman sebulat suara, panel itu yang diketuai Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Datuk Mah Weng Kwai, memutuskan jika ada kematian semasa dalam tahanan polis, anggota keluarga si mati ebrhak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku ketika mangsa ditahan.
"Itu adalah hak hakiki mereka. Hak ini senang difahami dengan menyoal soalan mudah - bagaimana jika anak lelaki anda berusia 22 tahun yang meninggal dunia ketika dalam tahanan," katanya.
Beliau berkata kematian dalam tahanan tidak boleh serta tidak sepatutnya berlaku di negara ini dan perlu ada toleransi sifar terhadap sebarang kes sedemikian di pusat tahanan reman.
Oleh itu, panel berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati pasukan polis, bekas Konstabel V. Navindran dan kerajaan bertanggungjawab atas kematian Kugan, yang meninggal dunia semasa dalam tahanan polis dalam bulan Januari 2009.
Bagaimanapun, mahkamah mengurangkan jumlah pampasan daripada RM801,700 kepada RM701,700 selepas mengetepikan ganti rugi sebanyak RM100,000 bagi penahanan salah seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk VT Singham, dalam penghakimannya pada 26 Jun 2013, memberi award RM851,700 kepada ibu Kugan, N. Indra, sebagai pampasan bagi serangan dan pukulan, penahanan salah, misfeasans, kesakitan serta penderitaan selepas memutuskan plaintif berjaya membuktikan tuntutannya terhadap kesemua defendan.
Pada 13 Januari 2012, Indra memfailkan saman terhadap Ketua Polis Selangor ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang kini Ketua Polis Negara (KPN), Navindran, bekas Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar (meninggal dunia), KPN dan kerajaan.
Kugan, 22, meninggal dunia di Balai Polis Taipan USJ pada 20 Jan 2009.
Tahun lepas, Navindran dihukum penjara tiga tahun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mencederakan Kugan.
No comments:
Post a Comment