Tuesday 12 August 2014

Ugut Bunuh Ibu: Penganggur Dihukum Penjara Lima Tahun


Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 8:16 PM
  (Ubah saiz teks)
KOTA BAHARU: Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas seorang penganggur yang mengugut untuk membunuh ibunya sendiri.

Majistret Nik Habri Muhamad membuat keputusan itu selepas Zulkifli Salleh, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Zukifli didakwa mengacukan sebilah pisau sambil berkata "Aku bunuh mu" kepada Mek Bidah Hanapi, 51, dengan niat untuk menyebabkan ketakutan di rumah mereka di Kampung Tikat, Jalan PCB, Badang di sini pukul 7.40 malam pada 29 Jun lepas.

Tertuduh ditahan pada 2 Julai lepas dan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala Zulkifli tidak diwakili peguam.

No comments:

Post a Comment