14.03.2013
Naib Presiden PKR Tian Chua hari ini mengaku tidak bersalah bagi tuduhan mengikut akta hasutan atas kenyataan yang mengaitkan UMNO dengan krisis di Lahad Datu-yang didakwa dikeluarkannya. Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM 5,000 dengan seorang penjamin ke atas MP Batu itu. Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 atas kenyataan yang didakwa disebutkanya pada 11 Pagi, 1 Mac lalu.
Tian diwakili oleh N Surendran, Lateefa Koya, William Leong, Eric Paulsen, dan dua lagi peguam.