Tuesday, 30 September 2014

Tindakan Alvin Tan Melampau - Ka Siong


Diterbitkan: Selasa, 30 September 2014 9:25 PM
Alvin Tan.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: MCA menyifatkan tindakan penulis blog Alvin Tan yang menghina pemimpin negara di laman sosial Facebook sebagai perbuatan melampau yang cuba menjatuhkan imej negara. 

Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata perbuatan itu dilihat boleh mempengaruhi dan merosakkan akhlak masyarakat di negara ini.

"Saya tidak faham mengapa Alvin (Tan) perlu berbuat demikian, saya difahamkan gambar-gambar pemimpin dirosakkan dan dipaparkan di laman Facebooknya itu. 

"Kami berasa kesal terhadap perbuatan kejinya itu," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kuen Cheng 1 di sini, Selasa.

Bunuh: Mahkamah Persekutuan Kekalkan Hukuman Mati Suri Rumah, Sepupu


Diterbitkan: Selasa, 30 September 2014 6:18 PM
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa  mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap seorang suri rumah dan sepupunya kerana membunuh suami wanita itu yang mayatnya dijumpai ditanam di belakang rumah pasangan berkenaan.

Panel lima anggota diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak rayuan akhir warga India Shamim Bano Mohammed Farooque, 46, dan sepupunya Javeed Akhtar Abdul Waheed, 44.

Raus berkata, keterangan terhadap kedua-dua mereka adalah sangat besar dan mahkamah mendapati sabitan terhadap mereka adalah kukuh.

Tiga Lagi ATM Digodam Di KL, Melaka


Diterbitkan: Selasa, 30 September 2014 7:01 PM
Mohd Kamarudin Md Din.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Kes menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) terus menggemparkan negara ini apabila tiga lagi bank pada petang Selasa dilaporkan menjadi mangsa terbaharu didalangi sindiket warga Amerika Latin itu.

Di ibu negara, United Overseas Bank (UOB) cawangan Jalan Imbi dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM92,900.
Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din berkata pengurus bank tersebut membuat laporan polis pada pukul 2.30 petang Selasa setelah mendapati baki audit di salah sebuah ATM lesap.