Wednesday, 15 April 2015

Bekas IGP: Siasat motif bunuh Altantuya



Bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan menggesa pasukan itu membuka semula siasatan ke atas kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Menurutnya, polis boleh menyoal individu yang melakukan jenayah berkenaan bagi mengenalpasti motif tersebut.

Menurutnya, motif pembunuhan itu sepatutnya muncul semasa persidangan mahkamah lagi

“Mereka sepatutnya mendedahkan (motif) di mahkamah semasa perbicaraan. Kalau begitu, tanya orang yang melakukannya,” katanya di Twitter.

Beliau menjawab pertanyaan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @salahdinMY.

Terdahulu, Musa berkata bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad tidak melakukan kesalahan atas persoalan yang dibangkitkan.

"Harap penyiasatan polis dapat menjawab segala pertanyaan Tun," katanya.

Musa mengetuai pasukan polis ketika kes pembunuhan Altantuya berlaku pada tahun 2006.

Tegasnya, siasatan pasukannya sebelum ini tidak menunjukkan Najib terlibat.

"Siasatan tidak tunjuk keterangan Najib terlibat. Itu sebab tiga orang dituduh," katanya.

Beliau turut menekankan fakta kes bahawa Altantuya telah membuat laporan polis sebelum dibunuh.
 

Dr M: Kalaulah saya PM, saya letak jawatan



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sanggup meletakkan jawatan sekiranya masih memegang jawatan perdana menteri saat ini.

Bekas presiden Umno itu berkata seseorang perdana menteri sepatutnya "memudahkan sesuatu perkara" dan melepaskan jawatan jika gagal mentadbir.

Tanpa menyebut nama, kenyataannya jelas menempelak Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang kini makin kerap dikritiknya.

Bercakap di forum 'The Malaysian dilemma' di Kuala Lumpur pagi ini, bekas perdana menteri itu juga berkata:

"Tiada ada sesiapa yang mendesak saya apabila saya melepaskan jawatan, kerana saya rasa 22 tahun (pentadbiran saya) itu cukup lama.

"Tapi jika anda gagal mentadbir dan rakyat mengkritik anda, tolong mudahkan negara."