Wednesday 15 January 2020

Anwar: Tindakan undang-undang pada Yusuff tetap diteruskan


Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau tetap akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Muhammed Yusoff Rawther.
Beliau berkata demikian susulan keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC) tidak akan membuat pendakwaan terhadapnya atas dakwaan serangan seksual terhadap Yusoff.
"Meskipun dakwaan yang sah tidak boleh diketepikan dan harus disiasat sesuai dengan proses hukum, namun saya tidak dapat memaafkan tuduhan yang jelek, semberono dan yang menghina terhadap saya.
"Untuk memastikan keadilan ditegakkan, tindakan undang-undang yang telah dimulakan sebelum ini akan diteruskan," katanya dalam satu kenyataan ringkas 
“Kami juga mendapati tidak terdapat cukup keterangan untuk membuat pertuduhan mengenai laporan-laporan polis yang dibuat berdasarkan keterangan-keterangan yang ada dalam kertas siasatan," katanya.
Dalam pada itu, Anwar menyatakan penghargaannya terhadap keputusan itu serta menyatakan terima kasih kepada pihak berkuasa "atas profesionalisme yang ditunjukkan".

Wednesday 8 January 2020

CEO buat laporan palsu konon disamun RM1 juta

Polis menahan seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat jual beli emas dan pemandunya pada Ahad, kerana membuat laporan polis palsu kononnya wang tunai dan pelbagai barangan kemas bernilai lebih RM1 juta, disamun dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Bandar Perda, di sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, lelaki berusia 26 tahun bersama pemandunya (lelaki) berumur 30 tahun itu, membuat laporan polis mendakwa disamun seorang lelaki di hadapan sebuah stesen minyak, dalam kejadian 3.50 petang, Sabtu lepas.
"Dalam laporan polis itu, CEO terbabit mendakwa dia bersama pemandu keluar dari sebuah kedai emas di Bandar Perda, selepas selesai menjalankan urusan perniagaan, sebelum mereka yang menaiki sebuah kereta berhenti di stesen minyak untuk membeli air.

Monday 6 January 2020

Saya bukan dalang skandal 1MDB, kata Jho Low

Ahli perniagaan yang menjadi buruan Low Taek Jho menolak dakwaan bahawa dia sebagai dalang di sebalik penipuan berbilion-bilion dolar dana 1MDB. Sebaliknya, Low berkata, dirinya menjadi sasaran perhatian media yang luar biasa kerana dia bukan "ahli politik".
Dalam temu bual dengan Straits Times (ST) Singapura, Low berkata, perhatian kurang diberikan kepada tokoh-tokoh lain seperti tokoh perbankan antarabangsa dan peguam yang ditugaskan menasihati firma pelaburan negara itu dan bekas anak syarikatnya SRC International.
Mempertahankan bahawa dia tidak pernah memegang sebarang jawatan yang membolehkannya membuat keputusan di kedua-dua syarikat itu, Low menegaskan bahawa pihak pengurusan, lembaga pengarah dan pemegang saham 1MDB dan SRC International seharusnya melakukan ‘usaha wajar’ atau ‘due diligence’ terhadap semua cadangan dan mempunyai hak untuk menolaknya.