Monday 30 June 2014

Dua Warga Tempatan Cedera Ditembak Ketika Perjalanan Pulang


Diterbitkan: Ahad, 29 Jun 2014 7:52 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Dua orang warga tempatan termasuk seorang wanita daripada sekumpulan lapan sahabat, cedera ditembak suspek tidak dikenali di Puchong Gateway, berhampiran Km30.6 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), awal pagi Ahad.

Dalam kejadian 5.10 pagi itu, enam lelaki dan dua wanita itu yang menaiki tiga buah kereta, sebelum itu dipercayai berada di sebuah rumah rakan mereka di Kampung Baru, Batu 14, Puchong.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata, kesemua mereka yang ketika itu dalam perjalanan pulang, telah didatangi sebuah motosikal Honda EX5 hitam yang ditunggangi dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Friday 27 June 2014

Ibu remaja OKU didakwa di mahkamah sesyen


0

Ibu remaja orang kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini atas dua pertuduhan mengabaikan dan meninggalkan anak tanpa pengawasan.
  
Lolanopita Sadi, 40, yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh .
  
Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Flat Taman Semarak, Nilai, antara Januari lepas hingga 21 Jun lepas.
  
Bagi pertuduhan mengabaikan anaknya itu, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman  denda hingga RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Thursday 26 June 2014

Polis Bantuan, Suami, Warga Myanmar Didakwa Culik Pelajar


Diterbitkan: Rabu, 25 Jun 2014 5:42 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang polis bantuan wanita dan suaminya serta seorang warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas tuduhan menculik dan melarikan seorang pelajar perempuan tingkatan dua pada Jun lepas.
Alice Ann John Louis, 21, suaminya Logedason Rajamanikam, 27, seorang pemandu lori, serta penganggur Hassan Sas Muhamad, 31, mengaku tidak bersalah atas kesalahan itu.
Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat hendak mengurung pelajar berkenaan dengan sulit dan salah di Taman Pelangi di sini pada 5 petang, 18 Jun.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pemandu Lori Dipenjara Curi Tiga Bungkus Milo


Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 10:19 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah mencuri tiga bungkus Milo bernilai RM53.55 di sebuah pasar raya, Isnin.

Majistret Nur Azura Murah memerintahkan hukuman terhadap Hashanizam Husain, 34, bermula daripada tarikh tangkap iaitu 23 Jun.

Hashanizam didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai serbaneka di Jalan Sungai Besi di sini pada 8 malam, mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Dua Beradik Dilarikan Penjenayah Selamat


Diterbitkan: Rabu, 25 Jun 2014 9:56 AM
Naqiudin tiba dalam keadaan selamat di sekolah tempat ibunya mengajar.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dan adiknya berusia tiga bulan dilarikan seorang penjenayah bersama kereta milik ibunya sebelum ditinggalkan ditepi jalan.

Dalam kejadian itu, kedua-dua beradik itu ditinggalkan di kawasan perindustrian Puchong, kira-kira lima kilometer dari lokasi kereta ibu mereka dilarikan penjenayah.

Mohd Naqiudin Rashid dan Mohd Taqif ditinggalkan dalam kereta Proton Gen-2 berwarna biru tanpa dimatikan enjinnya selepas ibu mereka, Karniyurtini Ishak, 35, menghantar dua anaknya yang lain masuk ke dalam rumah seorang pengasuh di Puchong Perdana kira-kira pukul 7.10 pagi.

Militan: Polis Kerjasama Dengan Syria Kenal Pasti 15 Rakyat Malaysia Dipercayai Terbunuh


Diterbitkan: Rabu, 25 Jun 2014 12:20 PM
  (Ubah saiz teks)
BUKIT KAYU HITAM: Polis sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Syria untuk mengenal pasti 15 warga Malaysia yang dipercayai terbunuh dalam kegiatan militan di negara itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Rabu berkata, pihaknya menyedari beberapa anggota militan masih merekrut ahli baharu di negara ini.

"Siasatan masih dijalankan," katanya pada sidang media selepas pelancaran Unit Risikan Sempadan di sini, Rabu.

Wednesday 25 June 2014

Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia



     Tuan Roslan bin Abu Bakar
     Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
     Istana Kehakiman
     Putrajaya

Mulai 20.6.2014 yang lalu Tuan Roslan bin Abu Bakar dilantik memegang
jawatan Ketua Pendaftar mengantikan YBhg. Datuk Azimah binti Omar
yang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman/Hakim Mahkamah Tinggi
Shah Alam, Selangor.  Admin mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah diatas
perlantikan tersebut dan sekaligus menjadi kebanggaan warga mahkamah.

Admin remba@pjs

Monday 23 June 2014

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan isu 'Allah'



Sidang Mahkamah Persekutuan hari ini menjadi tumpuan sama ada ia akan membenarkan pendengaran rayuan Ketua Biskop Gereja Roman Katolik terhadap penggunaan kalimah Allah.

Panel yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria (kiri)
menyampaikan penghakimannya mulai jam 9 pagi di kompleks Istana Kehakiman di Putrajaya.

Dalam kes-kes sivil di Mahkamah Persekutuan, ia tidak didengar secara automatik tetapi kebenaran terpaksa diperolehi terlebih dahulu.

Selain Hakim Arifin, hakim-hakim terkemuka di negara ini akan membuat keputusan kes itu dan mereka termasuk Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.

Hakim-hakim lain ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.

Friday 20 June 2014

'Saya cuba mohon bayar RM100 sebulan pada Anwar'



"Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.
  
Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo) berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu bahawa telah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.
  
Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.
  
Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri.

15 Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Ceroboh DUN Pulau Pinang


Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 11:22 AM
  (Ubah saiz teks)
GEORGE TOWN: Semua 15 penunjuk perasaan yang menceroboh Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang terletak di Light Street pada 21 Mei lalu mengaku tidak bersalah pada Khamis. 
Masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 serta seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 22 Julai untuk sebutan semula dan penyerahan dokumen.

Amuk di JPM: Muhdalena Terlepas Hukuman


Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 1:55 PM
Muhdalena Ahmad diringi anggota polis dan peguamnya ketika meninggalkan perkarangan mahkamah setelah Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini melepaskannya daripada empat pertuduhan berhubung kejadian amuk di Kompleks B, JPM pada Julai 2012. -fotoBERNAM
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan Muhdalena Ahmad daripada empat pertuduhan berhubung kejadian amuk bersenjatakan pedang samurai di luar kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM), dua tahun lepas kerana tertuduh mengalami ketidaksempurnaan akal semasa kejadian itu.

Hakim Mohamed Kamil Nizam bagaimanapun memerintahkan agar Muhdalena, 30, ditahan di Hospital Permai, Tampoi, Johor untuk menerima rawatan psikiatri sementara mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 348(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Beliau meminta Pendaftar Mahkamah untuk melaporkan kes itu kepada Urus Setia Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 348 Kanun Tatacara Jenayah.

Tahanan Lari Dari Mahkamah Serah Diri


Diterbitkan: Jumaat, 20 Jun 2014 2:34 PM
  (Ubah saiz teks)
GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang melarikan diri ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk pertuduhan memiliki dadah Selasa lepas, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada Jumaat.
Mohamad Faisal Naina Mohamad, 40, menyerah diri pada 8.15 pagi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid dalam kenyataan ringkas berkata lelaki itu akan direman pada 2.30 petang ini.
Dalam kejadian 8.40 pagi Selasa itu, suspek yang digari secara berangkai bersama-sama 14 lelaki lain melarikan diri sebaik kenderaan polis yang membawanya tiba perkarangan mahkamah itu.
Lelaki terbabit ditahan di Taman Tun Sardon di sini kerana disyaki memiliki dua tiub dadah jenis heroin, 13 Jun lepas.

Isteri Tidak Buka Pintu, Lelaki Bakar Rumah Sendiri, Enam Rumah Jiran


Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 9:38 PM
Deretan rumah yang terbakar gara-gara tindakan seorang lelaki yang membakar rumahnya selepas isterinya tidak membuka pintu pada malam Rabu.
  (Ubah saiz teks)
PELABUHAN KLANG: Marah terhadap isterinya yang tidak membuka pintu, seorang lelaki yang dipercayai dibawah pengaruh alkohol bertindak membakar rumahnya di Pandamaran pada malam Rabu.
Akibat tindakan itu, enam lagi rumah milik jiran ejen insuran terbabit turut musnah dalam kebakaran.
Menurut jiran suspek, dalam kebakaran pada pukul 12.30 tengah malam itu, lelaki berusia 30-an terbabit didakwa menyimbah minyak petrol pada pintu rumah dan membakarnya apabila isterinya enggan membuka pintu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berhubung tindakan lelaki terbabit.

Penjawat awam dibicara atas 6 tuduhan rasuah



Seorang penjawat awam berusia 39 tahun minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam tuduhan rasuah menerima imbuhan 10 peratus daripada projek bernilai RM600,000 ketika bertugas di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Hazmi Shamsudin dituduh menerima imbuhan daripada beberapa projek naiktaraf pembangunan komuniti di Perak.

Beliau didakwa menerima pembayaran di kementerian itu di Bukit Perdana, Kuala Lumpur pada Jun 2011.

Beliau berhadapan enam tuduhan menerima imbuhan sebanyak 10 peratus daripada setiap projek.

Beliau kini bertugas di Jabatan Perkhidmatan Awam.

Wednesday 18 June 2014

Tuntutan Hak Penjagaan Anak Nurul Izzah Didengar 27 Ogos


Diterbitkan: Selasa, 17 Jun 2014 2:09 PM
Nurul Izzah Anwar.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa menetapkan 27 Ogos ini untuk pendengaran permohonan hak penjagaan anak yang dikemukakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim mencabar permohonan Nurul Izzah berhubung hak penjagaan dua orang anak mereka.

Raja Ahmad Shahrir Iskandar diwakili peguam Azmi Mohd Rais.

"Saya dilantik oleh defendan untuk mencabar tuntutan plantif. Kami akan mengemukakan hujah bantahan pada 27 Ogos ini," kata Azmi.

Pengurus Syarikat Pembersihan Didakwa Bunuh Bayi 6 Bulan


Diterbitkan: Selasa, 17 Jun 2014 4:06 PM
Weng Yew diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret Shah Alam kerana didakwa membunuh bayi berusia enam bulan yang ditemui di gaung berdekatan Genting Highlands.
  (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM: Seorang pengurus syarikat perkhidmatan pembersihan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh seorang bayi enam bulan yang mayatnya ditemui kembung dan berulat di sebuah gaung berdekatan Genting Highlands awal bulan ini.

Wong Weng Yew, 41, didakwa membunuh bayi lelaki bernama Esmen Zeus Yves di rumahnya (tertuduh) di No: 12, Cannal Garden, Jalan Anggerik Vanilla 31/98S, Seksyen 31, Kota Kemuning di sini antara 28 Mei dan 31 Mei lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Wong yang hadir ke mahkamah memakai t-shirt berwarna oren dan berseluar pendek paras lutut mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Orang Dalam Dipercayai Dalang Penculikan Di Kunak


Diterbitkan: Selasa, 17 Jun 2014 2:27 PM
Mohammad Mantek bersama petugas keselamatan di ESSCom, Sabah.
  (Ubah saiz teks)
KUNAK: Kes penculikan yang berlaku di pusat ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Sapang Air, di sini awal pagi Isnin dipercayai didalangi orang dalam, kata Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Mohammad Mentek.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, pihaknya mendapati kes penculikan itu mempunyai unsur penglibatan orang dalam kerana penjenayah seperti mengetahui keadaan selok-belok di kawasan itu.
"Kawasan ini terpencil, dikelilingi pulau dan kawasan laut yang luas. Saya percaya hanya orang dalam atau orang yang sudah lama berada di sini tahu mengenai keadaan di pusat ternakan ikan ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Air Sapang, di sini, Selasa.

Audit: 67 Penjawat Awam Seleweng, Salahguna Kuasa, Salah Laku Dan Cuai


Diterbitkan: Selasa, 17 Jun 2014 10:53 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seramai 67 pegawai perkhidmatan awam didapati bersalah dalam kes penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku atau kecuaian pelaksanaan tugas sehingga 13 Jun lalu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, hukuman itu dikenakan berdasarkan teguran yang disiasat oleh Jawatankuasa Siasatan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Beliau bercakap pada sesi (terbuka) Townhall Tindakan Susulan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 dan 2013 (Siri 1 dan 2) di sini, Selasa.

Beliau berkata, selain itu, 10 pegawai didapati tidak bersalah, manakala 88 pegawai lagi masih dalam prosiding tatatertib/surcaj/mahkamah. 

Tuesday 17 June 2014

Denda RM1.8 Juta Kerana Rasuah, Pengubahan Wang Haram


Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 2:30 PM
  (Ubah saiz teks)
MELAKA: Seorang bekas pemeriksa penyelenggaraan loji kimia hari ini dijatuhi hukuman denda lebih RM1.8 juta dan penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas lapan tuduhan rasuah dan 13 tuduhan pengubahan wang haram antara tahun 2006 hingga 2010.
Hakim Ahmad Sazali Omar turut mengarahkan hukuman penjara ke atas T Gauthaman, 45, berjalan serentak, menjadikan tertuduh menjalani hukuman penjara empat tahun.
Tertuduh boleh dipenjara lebih tujuh tahun lagi sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Ahmad Sazali turut membenarkan permohonan Gauthaman untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.
Mahkamah juga menaikkan jumlah jaminan terhadap tertuduh daripada RM100,000 kepada RM130,000 dengan seorang penjamin.

Kumpulan Lanun Rompak Kapal Tangki Dipercayai Rakyat Indonesia


Diterbitkan: Selasa, 17 Jun 2014 10:12 AM
Kapal tangki Mt Ai Maru.
  (Ubah saiz teks)
PENGERANG: Sekumpulan lanun yang merampas 700,000 liter diesel dari sebuah kapal tangki di Tanjung Sedili dipercayai terdiri dari warga Indonesia, berdasarkan loghat mereka.

Kesimpulan itu dibuat berdasarkan hasil siasatan awal dan keterangan yang direkodkan dari 13 anak kapal warga Thailand dan kapten warga Indonesia kapal tersebut.

"Anak-anak kapal turut memberitahu kami bahawa lanun tersebut mengikat mereka dengan tali raffia sebelum mengurung mereka di dalam bilik," kata Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Selatan, Kapten Ibrahim Mohamed.

Beliau berkata, anggota penguatkuasa Maritim Malaysia turut menjumpai sarung parang dan majalah senjata api yang ditinggalkan di kapal selepas insiden tersebut.

Militan Malaysia Di Syria Berdepan Tindakan Jika Pulang - Ahmad Zahid


Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 6:26 PM
Rakyat Malaysia yang menjadi anggota militan di Syria tidak akan terlepas tindakan undang-undang jika pulang.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang menyertai pasukan militan di Syria akan dikenakan tindakan undang-undang jika pulang ke negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Maklumat diperolehi dan jika mereka menjejakkan kaki di Malaysia, pasti tangkapan akan dilakukan dan tindakan undang-undang dijalankan," katanya selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia, Joseph Y.Yun di sini, Isnin.
Beliau berkata, kementerian, khususnya Polis Diraja Malaysia kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia bagi memantau kegiatan merekrut anggota baharu menerusi laman sosial.

Mengulas penglibatan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sandakan, Sabah yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan, Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur jika dia terbukti terlibat.

Monday 16 June 2014

Anggota PGA, Pengawal Keselamatan Ditemui Mati Ditembak Di Sandakan


Diterbitkan: Ahad, 15 Jun 2014 4:43 PM
  (Ubah saiz teks)
SANDAKAN: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan seorang pengawal keselamatan ditemui mati dengan kesan tembakan di tapak pembinaan Taman Casa Uno di Batu 4, Jalan Utara Bypass, di sini pagi Ahad.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supritendan Fadzil Mohd Ali berkata, pihak polis menerima laporan mengenai penemuan dua mayat itu daripada orang awam pada pukul 11.30 pagi tadi.

Beliau berkata mayat anggota PGA itu berpakaian biasa manakala pengawal itu merupakan penjaga tapak pembinaan tersebut.

Murid Tahun Satu Maut Dilanggar Bas Sekolah


Diterbitkan: Ahad, 15 Jun 2014 7:57 PM

Gambar hiasan.
  (Ubah saiz teks)
JOHOR BAHARU: Seorang murid tahun satu maut selepas dilanggar bas sekolah yang dinaikinya di Jalan Seroja, Taman Plentong Baru di sini tengah hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Abd Samad Salleh berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 1.10 tengah hari sejurus Nor Balqis Atiqah Hamdan Rasan Tawani Ahmad, 7, yang baru pulang dari sekolah turun dari kenderaan terbabit untuk melintas jalan ke rumahnya.

"Dipercayai selepas menurunkan Nor Balqis Atiqah, pemandu bas mini sekolah berkenaan terus bergerak menuju ke hadapan tanpa menyedari murid perempuan itu berada di hadapan basnya.

Friday 13 June 2014

Bukit Aman Tubuh Pasukan Khas Pantau Judi Bola Sepak Piala Dunia


Diterbitkan: Khamis, 12 Jun 2014 6:27 PM
Roslee Chik.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Polis Bukit Aman menubuhkan pasukan khas bagi memantau kegiatan perjudian bola sepak sepanjang perlawanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014 yang bakal membuka tirai perlawanan Jumaat.
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, SAC Roslee Chik berkata pasukan khas itu yang ditubuhkan tiga minggu lepas bukan sahaja memantau malah akan menahan sindiket yang terbabit dalam aktiviti haram itu sepanjang perlawanan bola sepak.
"Kami (polis) bersiap sedia untuk 'perang' secara besar-besaran bagi membanteras kegiatan haram itu.

"Jenayah rentas sempadan ini melibatkan jaringan dengan laman web luar negara dan terdapat juga transaksi hasil pertaruhan disalurkan masuk dan keluar negara. 'Server' (pelayan) bagi laman web perjudian ini biasanya berada di luar negara seperti Filipina dan Kemboja," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Pembantu Rumah Warga Indonesia Didakwa Aniaya Kanak-Kanak OKU


Diterbitkan: Khamis, 12 Jun 2014 7:06 PM
  (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Khamis atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak kelainan upaya (OKU) berusia 10 tahun empat bulan, yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi, sejak Februari hingga Mei lepas.

Tini Martini, 39, yang tidak diwakili peguam, mengaku bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Majistret Farah Azura Mohd Saad.

Farah Azura menetapkan 14 Julai ini untuk mendengar rayuan sebelum menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan perubatan kanak-kanak perempuan itu.

Punca Laporan Polis Tersebar Di Media Sosial Disiasat


Diterbitkan: Khamis, 12 Jun 2014 10:52 PM
Jalaluddin Abdul Rahman.
  (Ubah saiz teks)
KOTA BARU: Polis Kelantan sedang menyiasat punca kebocoran maklumat mengenai laporan polis yang tersebar di laman media sosial.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, dua laporan polis dibuat selepas kes seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang didakwa menjadi mangsa rogol berkumpulan di Ketereh bulan lalu dan satu kes insiden melibatkan seorang guru di Kuala Krai baru-baru ini.

"Laporan awal kedua-dua kes disebarkan melalui Whatsapp, Facebook, blog dan beberapa laman media lain," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan polis di Ibu Pejabat Kontinjen negeri di sini, Khamis.

6,275 Pelacur Pelbagai Negara Ditahan


Diterbitkan: Khamis, 12 Jun 2014 11:06 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Sejumlah 6,275 wanita dari pelbagai negara ditahan sejak Januari hingga April lepas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran di negara ini.
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman SAC Roslee Chik berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,133 adalah warga Vietnam.
Bilangan wanita Vietnam yang ditahan meningkat berbanding tahun sebelumnya bagi tempoh sama iaitu 1,126 orang.

"Peningkatan sejumlah 1,007 wanita Vietnam adalah disebabkan permintaan pelanggan dan bayaran murah serta layanan 'mesra' wanita negara itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata kebanyakan wanita Vietnam menjalankan kegiatan mereka di pusat hiburan dan rumah urut.