9.30am: Prosiding mahkamah bermula dengan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengetuai panel lima anggota.
Sri Ram memperkenalkan pihaknya.
9.24am: Apabila Anwar melangkah masuk ke kandang tertuduh, beliau berjenaka "dinaik taraf kelas pertama", merujuk kepada kerusi baru di situ.
Beliau bertanya mengenai Paul Ryan, ahli politik Republikan yang baru-baru ini telah menarik balik sokongannya kepada calon presiden Amerika Donald Trump.
Antara ahli-ahli politik di mahkamah adalah pemimpin PKR Datuk Fauzi Abdul Rahman, Saifuddin Nasution, Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Laksamana Pertama (B) Mohd Imran Abdul Hamid.
Beliau memberitahu Malaysiakini ini ditambah lagi dengan perdamaian di antara Anwar dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pemimpin lain dilihat dengan beliau termasuk Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dan Ahli Parlimen Kapar G Manivanan.
9.00am: Anwar Ibrahim berjalan ke mahkamah diiringi oleh pengawal Jabatan Penjara. Beliau dilihat berunding dengan peguam bela utama Gopal Sri Ram di meja depan di sebelah kiri mahkamah, kawasan yang diperuntukkan untuk peguam.
Wan Azizah berkata kepada pemberita, yang duduk di belakang meja polis dalam mahkamah bahawa "ini adalah satu-satunya kes mendapat banyak perhatian di Malaysia".
8.35am: Panel yang akan mendengar semakan terdiri daripada Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Besar Sabah Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.
Tiga hakim lain adalah hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Pasukan pendakwaan diketuai oleh Ketua Bahagian Perbicaraan Jabatan Peguam Negara Ahmad Kamal Md Shahid bersama-sama dengan Awang Armadaya Awang Mahmud (timbalan ketua bahagian rayuan), Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman dan Wan Shaharuddin Wan Laden.
Mereka dalam pasukan pembelaan Anwar adalah Sangeet Kaur, N Surendran, Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya, Melissa Sasidaran dan Shahid Adli Kamaruddin. Pasukan itu akan diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram.
Afif memberitahu orang ramai untuk tidak membuat sebarang provokasi. Zuraida berkata PKR Selangor juga telah menyediakan sarapan pagi dan makan tengah hari untuk penyokong.