Wednesday 9 January 2013

Keahlian Isa Samad dalam KPF batal dan tidak sah

Hafiz Yatim, Malaysiakini Jan 9,2013

Keahlian kontroversi Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dalam
Koperasi Permodalan Felda (KPF) diistiharkan batal dan tidak
sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

YA Hakim Datuk Zaleha Yusof membatalkan keputusan Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM) Mei lalu bahawa walaupun ia mendapati KPF melanggar
undang-undang kecilnya dalam menerima Isa sebagai ahli, tetapi memutuskan
dia boleh kekal sebagai ahli.