Published: Isnin April 1, 2013 MYT 2:19:00 PM
Oleh M. MAGESWARI
KUALA LUMPUR: Presiden Parti India Malaysia, Senator Datuk S. Nallakaruppan akan memohon sepina terhadap peguam veteran dan ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh untuk menjadi saksi dalam saman fitnah RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya dan Utusan Melayu (M) Sdn Bhd.
Peguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata anak guamnya mahu memohon sepina terhadap Karpal; bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar, dan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali.
Katanya, beliau menerima arahan khusus daripada Nallakaruppan untuk memohon sepina Karpal sebagai antara tujuh saksi bagi pihaknya.
Anwar pada Mac tahun lepas memfailkan saman terhadap Nallakaruppan, Utusan dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak.