Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 9:51 PM
- Oleh: BERNAMA
Anggota polis membawa Operator Kren, W Thiruselvan, 38, (kanan) dan penganggur Mohd Jefry Rahmat, 29, (tengah) di Mahkamah Majistret di Klang pada Jumaat. Foto BERNAMA
(Ubah saiz teks)
KLANG: Seorang operator kren mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Jumaat terhadap pertuduhan cuba membunuh seorang anggota polis dengan menikamnya menggunakan pisau di Taman Kandis Permai di sini, Februari lepas.
W. Thiruselvan, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Fadhly Yaakob.
Tertuduh didakwa cuba membunuh Lans Koperal Anwar Jaharuddin di Jalan Samarinda 5C, Taman Kandis Permai, pada 7.40 pagi, 21 Februari lepas.