Wednesday 9 July 2014

Dua Bekas Pegawai Bank Hadapi Tuduhan Pecah Amanah


Diterbitkan: Selasa, 8 Julai 2014 5:06 PM
  (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM: Dua bekas pegawai Bank RHB Bhd dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas tuduhan melakukan pecah amanah menyebabkan kerugian berjumlah RM4,837.17, dua tahun lepas.

Robiatoladawiah Mohd Taib, 53, dan C. Sivakumar, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Jumirah Marjuki.

Kedua-dua tertuduh sebagai pegawai yang bertanggungjawab di kaunter urusan jual beli mata wang didakwa melakukan pecah amanah dengan cara menyalahgunakan keistimewaan kadar tukaran asing untuk kegunaan sendiri sehingga masing-masing menyebabkan kerugian berjumlah RM3,464.10 dan RM1,373.07 kepada bank itu.

28 Soalan Undang-Undang Oleh Gereja Katolik Gagal Penuhi Keperluan Asas


Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 10:25 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan di sini memutuskan bahawa 28 soalan tentang undang-undang pentadbiran, undang-undang perlembagaan dan soalan am dikemukakan pihak Gereja Katolik gagal memenuhi keperluan asas di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman 1964 untuk diberikan kebenaran merayu.

"Sebanyak 28 soalan bagi kebenaran dikemukakan oleh pemohon yang terbahagi kepada tiga bahagian di bawah tajuk soalan undang-undang pentadbiran, soalan undang-undang perlembagaan dan soalan am.
"Untuk kebenaran diberikan, bebanan terletak pada pemohon untuk memuaskan hati Mahkamah ini bahawa soalan dikemukakan melepasi asas ditetapkan dalam Seksyen 96 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman 1964 (CJA)," kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel tujuh anggota yang membuat keputusan majoriti 4-3 terhadap gereja itu pada 23 Jun.

Polis Selamatkan Wanita Mangsa Rogol Ditinggalkan Di Premis Berkunci


Diterbitkan: Selasa, 8 Julai 2014 9:25 PM
  (Ubah saiz teks)
MELAKA: Polis pada Selasa menyelamatkan seorang wanita mangsa rogol yang ditinggalkan di premis berkunci di Taman Seri Krubong di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata mangsa berusia 22 tahun ditemui di sebuah bilik bangunan pejabat lama DAP cawangan Krubong itu kira-kira 2.30 petang hasil maklumat orang awam.

Beliau berkata mangsa berasal dari Perak mendakwa dibawa ke premis itu oleh dua lelaki yang baru dikenali sebulan lepas dari rumah sewanya di Rembia, Alor Gajah dengan menaiki kereta sebelum dirogol tiga lelaki lain kira-kira 10 malam Isnin.

"Siasatan awal mendapati ketika dalam perjalanan ke premis tersebut, mangsa diberitahu akan dilacurkan namun dia tidak mahu tetapi sebaik tiba, wanita itu telah dirogol tiga lelaki lain," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Kanak-Kanak Maut Selepas Alami Pendarahan Di Kepala


Diterbitkan: Selasa, 8 Julai 2014 10:44 PM
Jenazah kanak-kanak lelaki itu didukung oleh ibunya keluar dari rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Selasa. - fotoBERNAMA
  (Ubah saiz teks)
IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pagi Selasa selepas mengalami pendarahan di bahagian kepala dipercayai berpunca daripada kecuaian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ahmad Termizi Abdul Haq berkata mangsa meninggal dunia pada pukul 11.15 pagi Selasa selepas hampir lapan hari menerima rawatan di unit rawatan rapi, wad Pediatrik HRPB.

"Kanak-kanak tersebut dirujuk ke HRPB pada pukul 5.30 petang 1 Julai lepas apabila pengasuhnya membawa mangsa ke sebuah klinik berhampiran setelah kanak-kanak itu didapati tidak sihat dan mengalami kesesakan nafas," katanya.

Beliau berkata apabila ditahan di wad Pediatrik, seorang pegawai perubatan yang bertugas membuat laporan kepada polis selepas mengesan berlaku pendarahan di bahagian kepala mangsa.