Wednesday 9 July 2014

Kanak-Kanak Maut Selepas Alami Pendarahan Di Kepala


Diterbitkan: Selasa, 8 Julai 2014 10:44 PM
Jenazah kanak-kanak lelaki itu didukung oleh ibunya keluar dari rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Selasa. - fotoBERNAMA
  (Ubah saiz teks)
IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pagi Selasa selepas mengalami pendarahan di bahagian kepala dipercayai berpunca daripada kecuaian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ahmad Termizi Abdul Haq berkata mangsa meninggal dunia pada pukul 11.15 pagi Selasa selepas hampir lapan hari menerima rawatan di unit rawatan rapi, wad Pediatrik HRPB.

"Kanak-kanak tersebut dirujuk ke HRPB pada pukul 5.30 petang 1 Julai lepas apabila pengasuhnya membawa mangsa ke sebuah klinik berhampiran setelah kanak-kanak itu didapati tidak sihat dan mengalami kesesakan nafas," katanya.

Beliau berkata apabila ditahan di wad Pediatrik, seorang pegawai perubatan yang bertugas membuat laporan kepada polis selepas mengesan berlaku pendarahan di bahagian kepala mangsa.

No comments:

Post a Comment