Salam Tahniah kepada semua calon yang berjaya
dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah yang baru. Nasihat
saya laksanakan tugas dengan sistematik dan sentiasa
patuhi peraturan yang ada. Jangan pula awal-awal ikut
peraturan, setelah pendapatan bertambah mulalah lupa
daratan dan akhirnya lesen dibatalkan. Ingat pesan saya
jika kita selalu langgar peraturan yang pasti kita tidak akan
lena tidur kerana dihantui perasaan dan ketakutan. Pegawai
mahkamah akan sentiasa memantau tempat bertugas kita
dan akan datang pada bila-bila masa dan mungkin mereka
adalah deponan kita.
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang menghadapi dua tuduhan pecah amanah berjumlah RM49.7 juta akan didengar 23 Jun ini.
Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud memaklumkan bahawa Mahkamah Tinggi pada 5 Mei lepas mengarahkan kes itu dibicarakan segera selepas menolak permohonan Mohamad Salleh untuk menggantung prosiding perbicaraan kesnya itu.
"Saya bersetuju dengan pihak pendakwaan. Kita akan meneruskan perbicaraan dengan memanggil saksi pertama pada 23 Jun ini memandangkan kes ini tiada perkembangan sejak 2012," katanya.