Thursday 3 July 2014

Perunding Bergelar Datuk Didakwa Palsukan Dokumen Tanah


Diterbitkan: Rabu, 2 Julai 2014 4:52 PM
  (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM: Seorang perunding bergelar 'Datuk' pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menggunakan dua dokumen palsu dalam urusan jual beli tanah di kawasan Dengkil, Sepang, pada Mac lepas.
Ariffin Ab Hamid, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim G.Ramesh.
Lelaki itu didakwa bersama-sama seorang bekas juruukur Jabatan Tanah dan Galian Selangor, Mohamad Yaacob Markom, 55, menggunakan dua dokumen palsu sebagai cagaran berharga iaitu surat kuasa wakil dan perjanjian jual beli antara Prestasi Tulin Sdn Bhd dan Sunshine Haven Sdn Bhd dengan tujuan memindahkan hak milik hartanah terbabit kepada Sunshine Haven.

Salah Guna Kuasa: Bekas Pengarah JKR Kena Setahun Penjara, Denda RM1.15 juta


Diterbitkan: Isnin, 30 Jun 2014 2:17 PM
Abd Rahim ketika dihadapkan ke mahkamah pada 2013.
  (Ubah saiz teks)
JOHOR BAHRU: Bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, Datuk Abd Rahim Ahmad, dihukum penjara setahun dan denda RM1.154 juta kerana didapati bersalah menyalah gunakan kuasa, dua tahun lalu.

Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 58 tahun yang sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan JKR Putrajaya.

Tertuduh berhadapan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan dalam tempoh sebulan.

Hukuman dijatuhkan Hakim Muhammad Jamil Hussin selepas meneliti hujah kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.

Tiga Pelatih CCRC Dipercayai Bersembunyi di Ladang Kelapa Sawit


Diterbitkan: Rabu, 2 Julai 2014 4:46 PM
  (Ubah saiz teks)
TASEK GELUGOR: Polis percaya tiga pelatih Pusat Rawatan dan Pemulihan (CCRC) Kampung Selamat, di sini yang melarikan diri selepas mencuri sebuah motosikal milik kakitangan pusat itu pada Selasa, bersembunyi di kawasan ladang kelapa sawit tidak jauh dari pusat itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh tiga pelatih itu bersembunyi di ladang sawit yang terletak bersempadan dengan negeri Kedah, tidak jauh dari CCRC berkenaan.
"Kami juga telah maklumkan maklumat berkenaan kepada Polis Kontijen Kedah bagi meminta bantuan mengesan tiga pelatih terbabit," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Tahanan Polis Larikan Diri Ketika Waktu Sahur


Diterbitkan: Rabu, 2 Julai 2014 6:41 PM
  (Ubah saiz teks)
LABUAN: Polis Labuan sedang memburu seorang tahanan lelaki warga Filipina yang melarikan diri dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah di sini ketika waktu sahur awal pagi Rabu.

Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata tahanan berumur 26 tahun itu bersama seorang lagi tahanan lelaki warga tempatan telah mencederakan sentri sebelum merampas kunci dan meloloskan diri dengan memanjat pagar.

Bagaimanapun,tahanan warga tempatan berumur 35 tahun itu berjaya ditangkap, katanya dalam pada sidang akhbar mengenai kejadian itu di sini Rabu.