Thursday 26 June 2014

Polis Bantuan, Suami, Warga Myanmar Didakwa Culik Pelajar


Diterbitkan: Rabu, 25 Jun 2014 5:42 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang polis bantuan wanita dan suaminya serta seorang warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas tuduhan menculik dan melarikan seorang pelajar perempuan tingkatan dua pada Jun lepas.
Alice Ann John Louis, 21, suaminya Logedason Rajamanikam, 27, seorang pemandu lori, serta penganggur Hassan Sas Muhamad, 31, mengaku tidak bersalah atas kesalahan itu.
Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat hendak mengurung pelajar berkenaan dengan sulit dan salah di Taman Pelangi di sini pada 5 petang, 18 Jun.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pemandu Lori Dipenjara Curi Tiga Bungkus Milo


Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 10:19 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah mencuri tiga bungkus Milo bernilai RM53.55 di sebuah pasar raya, Isnin.

Majistret Nur Azura Murah memerintahkan hukuman terhadap Hashanizam Husain, 34, bermula daripada tarikh tangkap iaitu 23 Jun.

Hashanizam didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai serbaneka di Jalan Sungai Besi di sini pada 8 malam, mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Dua Beradik Dilarikan Penjenayah Selamat


Diterbitkan: Rabu, 25 Jun 2014 9:56 AM
Naqiudin tiba dalam keadaan selamat di sekolah tempat ibunya mengajar.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dan adiknya berusia tiga bulan dilarikan seorang penjenayah bersama kereta milik ibunya sebelum ditinggalkan ditepi jalan.

Dalam kejadian itu, kedua-dua beradik itu ditinggalkan di kawasan perindustrian Puchong, kira-kira lima kilometer dari lokasi kereta ibu mereka dilarikan penjenayah.

Mohd Naqiudin Rashid dan Mohd Taqif ditinggalkan dalam kereta Proton Gen-2 berwarna biru tanpa dimatikan enjinnya selepas ibu mereka, Karniyurtini Ishak, 35, menghantar dua anaknya yang lain masuk ke dalam rumah seorang pengasuh di Puchong Perdana kira-kira pukul 7.10 pagi.

Militan: Polis Kerjasama Dengan Syria Kenal Pasti 15 Rakyat Malaysia Dipercayai Terbunuh


Diterbitkan: Rabu, 25 Jun 2014 12:20 PM
  (Ubah saiz teks)
BUKIT KAYU HITAM: Polis sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Syria untuk mengenal pasti 15 warga Malaysia yang dipercayai terbunuh dalam kegiatan militan di negara itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Rabu berkata, pihaknya menyedari beberapa anggota militan masih merekrut ahli baharu di negara ini.

"Siasatan masih dijalankan," katanya pada sidang media selepas pelancaran Unit Risikan Sempadan di sini, Rabu.