19 Dec 2017, 2:37 pm 19 Dec 2017, 2:41 pm MALAYSIAKINI
Badan Peguam hari ini mendapat kebenaran untuk menimbulkan lima daripada enamsoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan berhubung pelantikan kontroversi Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang masing-masing melepasi had umur persaraan mandatori 66 tahun dan enam bulan.
Keputusan itu dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi, Datin Azizah Nawawi.
Walau bagaimanapun, beliau tidak memberikan kebenaran untuk permohonan
semakan kehakiman yang difailkan oleh Setiausaha Penolong Parti Amanah Negara, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus agar Raus menjelaskan pelantikannya.