Wednesday, 12 August 2015

'Wang itu 26 kali ganda jumlah dibenar'



PKR hari ini menjelaskan mereka membuat keputusan menyaman Datuk Seri Najib Razak susulan kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaunnya kerana jumlah itu terlalu besar.

“(Wang) RM2.6 bilion digunakan itu 26 kali ganda lebih besar daripada jumlah wang dibenarkan (diguna dalam pilihan raya), seperti digariskan undang-undang negara ini,” kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Izzah juga mendakwa pelbagai amalan korup dilakukan BN untuk menang dalam pilihan raya umum ke-13.
 

PKR saman Najib isu wang RM2.6 bilion



PKR telah memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak atas dakwaan melakukan kesalahan pilihan raya susulan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata saman itu difailkan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

Ia juga difailkan terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, syarikat pelaburan negara 1MDB dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saman ini tindakan susulan daripada pendedahan (media berpengaruh antarabangsa) The Wall Street Journal (WSJ),” kata Izzah.

WSJ melaporkan wang itu dimasukkan dua bulan sebelum pilihan raya umum lepas.