Wednesday, 22 October 2014

Masyarakat Hindu Sambut Deepavali Dalam Suasana Meriah


Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 1:03 PM
Najib menaburkan beras pada kolam sempena sambutan Hari Deepavali anjuran MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Rabu. Turut kelihatan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel. - foto RAJA FAISAL HISHAN/ The Star.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia beragama Hindu pada Rabu menyambut Deepavali dalam suasana meriah dengan mengadakan acara keagamaan dan majlis rumah terbuka.

Sambutan kemuncak di ibu negara ialah rumah terbuka Deepavali yang dianjurkan MIC di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Paluan gendang dan serunai mengiringi ketibaan Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional pada kira-kira 10.15 pagi, dengan disambut Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan pemimpin-pemimpin parti yang lain.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri serta kira-kira 5,000 masyarakat berbilang kaum.

Najib yang memakai kurta berwarna krim kemudiannya memotong kek bersama-sama tetamu kehormat lain sebelum meninggalkan majlis.

Bercakap kepada pemberita, Najib berkata Majlis Rumah Terbuka Deepavali yang diadakan setiap tahun di negara ini dapat mewujudkan suasana serasi antara satu sama lain di kalangan rakyat Malaysia.

"Ramai yang dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang beragama Hindu dan kita mesti mengukuhkan lagi perasaan muhibah dan harmoni di kalangan rakyat Malaysia," katanya.

Beliau menyifatkan majlis sambutan ini sangat meriah dan mengikut tradisi.

No comments:

Post a Comment