Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 2:53 PM
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pergerakan tiga warga Somalia yang disyaki terbabit dalam kegiatan kumpulan pengganas Al-Shabaab masih dipantau rapi.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pemeriksaan yang dilakukan mendapati ketiga-tiga yang dikenal pasti itu masih berada dalam negara ini.
Malah, katanya, hasil pemantauan pihak keselamatan, jumlah warganegara berkenaan yang terbabit dalam kegiatan itu juga belum bertambah.
"Belum ada maklumat terkini mengenai penambahan warga Somalia dalam aktiviti pengganas di negara dan hanya satu tangkapan dibuat pada Mei lalu.

"Segala pergerakan mereka bertiga terus dipantau sehinggalah cukup bukti untuk mengambil tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.
Menurut Dr Wan Junaidi, walaupun mereka bertiga ini menjadi perhatian, pihak berkuasa tidak boleh mengambil tindakan sewenang-wenangnya.
"Mereka dipercayai masuk ke negara ini menggunakan visa pelajar. Sehingga kini mereka tidak melakukan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang negara," jelas beliau.
Pada 6 Mei lalu, seorang lelaki warga Somalia yang disyaki anggota kumpulan pengganas Al-Shabaab, ditahan dalam operasi khas polis di Selangor.
Suspek berusia 34 tahun itu turut berada dalam senarai nama dikehendaki polis antarabangsa (Interpol) kerana pembabitan dalam kegiatan pengganas.
Dalam operasi tersebut, tiada senjata dirampas dan polis masih menyiasat cara suspek masuk dan sekiranya terdapat anggota lain daripada kumpulan tersebut di negara ini.
Suspek ditangkap kerana disyaki merancang untuk merekrut warga Somalia di negara ini yang kebanyakannya menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) menyertai kegiatan pengganas.
Al-Shabaab yang berpangkalan di Somalia pernah menyertai kumpulan pengganas, Al-Qaeda pada 2012 dengan bermatlamat menegakkan undang-undang syariah atau negara Islam di beberapa negara miskin.
Sehingga kini, Al-Shabaab dianggarkan mempunyai keahlian antara 4,000 hingga 6,000 orang.
No comments:
Post a Comment