Diterbitkan: Khamis, 14 Ogos 2014 10:43 AM
La Ode Ardi Rasila dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh Norazita.
(Ubah saiz teks)
Hakim Datuk Akhtar Tahir berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
La Ode, 37, didakwa membunuh dan melakukan rompakan dengan melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kematian Norazita, 37.
Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan tertuduh di dalam bangunan AmBank, No. 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, dekat sini di antara jam 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober tahun lalu.
Warganegara Indonesia itu didakwa berjaya melarikan wang sebanyak RM450,000.
No comments:
Post a Comment