Wednesday, 13 March 2019

Afidavit salah laku kehakiman: Polis akan panggil 3 hakim

Polis merancang untuk memanggil tiga hakim - selain individu-individu lain - untuk memberi keterangan berhubung dakwaan hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer berhubung salah laku hakim
Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya mahu menyelesaikan siasatan secepat mungkin.
"Sebaik sahaja selesai, kertas siasatan akan dihantar kepada timbalan pendakwa raya," katanya seperti dipetik The Star, hari ini.
Bulan lalu, Hamid membuat afidavit yang mengandungi beberapa dakwaan mengejutkan berkenaan salah laku kehakiman yang dilakukan hakim, antaranya subahat dengan pihak swasta untuk menipu dana awam dan campur tangan dalam perbicaraan.


Ia bagi menyokong saman pemula peguam Sangeet Kaur Deo agar Ketua Hakim Negara diisytiharkan gagal mempertahankan kewibawaan dan integriti kehakiman apabila gagal menyelesaikan siasatan berkenaan dua dakwaan campur tangan dalam kehakiman.
Hamid telah memberi keterangan kepada polis dua minggu lalu.
Hari ini Pejabat Peguam Negara memfailkan permohonan untuk memadamkansebahagian besar kandungan afidavit kerana menyifatkannya sebagai "serangan penuh kebencian, melampau (scandalous) dan bersifat cabul terhadap kehakiman".

No comments:

Post a Comment