Saturday 8 December 2012

Bagaimana Hakim Mahkamah Atasan dilantik

Sejak tahun 2009 sehingga kini Hakim Mahkamah Atasan
telah dilantik oleh Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.  Suruhanjaya
tersebut berfungsi antara lain:

(a)  memberikan syor kepada Perdana Menteri, siapakah
      yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Atasan.
      (Mahkamah Atasan: Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
       Rayuan dan Mahkamah Tinggi)

(b)  mendukung Kebebasan Kehakiman yang berterusan bagi
      Badan Kehakiman Malaysia.

Keanggotaan Suruhanjaya

Menurut Seksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman
2009, keanggotaan suruhanjaya adalah terdiri daripada anggota
berikut:

(a)  Ketua Hakim Negara
(b)  Presiden Mahkamah Rayuan
(c)  Hakim Besar Malaya
(d)  Hakim Besar Sabah dan Sarawak
(e)  Seorang Hakim Mahkamah Persekutuan
(f)  Empat orang terkemuka, yang bukan merupakan anggota
      eksekutif atau perkhidmatan awam yang lain.

2 comments:

  1. Fungsi dan kuasa Suruhanjaya

    Menurut Seksyen 21(1) Akta Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman 2009, menyatakan bahawa Suruhanjaya ini mempuanyi kuasa dan fungsi seperti di bawah:

    (a) Untuk memilih orang yang berkelayakkan yang sesuai yang wajar dilantik sebagai Hakim Mahkamah Atasan untuk pertimbangan Perdana Menteri.

    (b) Untuk menerima permohonan daripada porang yang berkelayakkan bagi permilihan Hakim-Hakim ke Mahkamah Atasan.

    (c) Untuk mengurus dan melaksanakan mekanisma bagi permilihan dan perlantikkan Hakim Mahkamah Atasan.

    (d) Untuk mengkaji semula dan mengsyorkan program kepada Perdana Menteri bagi memperbaik pentadbiran keadilan.

    (e) Untuk membuat syor lain berkenaan dengan Badan Kehakiman.

    (f) Untuk melakukan apa-apa benda lain sebagaimana difikirkannya patut untuk membolehkanya melaksanakan fungsinya secara berkesan yang bersampingan dengan perlaksanaan fungsi di bawah akta ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laporan Tentang syor

      Berdasarkan Seksyen 26(1) ASPK, menyatakan, selepas membuat pemilihan, Suruhanjaya hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Perdana Menteri yang hendaklah-

      (a) menyatakan siapa yang telah dipilih oleh Suruhanjaya untuk disyorkan bagi perlantikan ke jawatan yang berkenaan;

      (b) menyatakan alasan bagi pemilihan itu; dan

      (c) mengandungi apa-apa maklumat lain disifatkan perlu oleh Suruhanjaya untuk dibawa kepada pengetahuan Perdana Menteri.

      Pemberian nasihat

      Menurut Seksyen 28 ASPK ,Apabila Perdana Menteri telah menerima mana-mana orang yang disyorkan oleh Suruhanjaya , dia bolehlah seterusnya memberikan nasihatnya mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

      ASPK= Akta Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman 2009.

      Apakah intipati Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan?

      Perkara 122B (1) Perlembagaan Persekutuan:

      Perlantikan hakim-hakim bagi Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

      Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi dan (tertakluk kepada Perkara 122C) hakim-hakim yang lain Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah-Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

      Sekian, jika anda perlu mengetahuinya lebih mendalam ,silalah membaca Akta tersebut sepenuhnya.

      Delete