Wednesday 12 December 2012

Pengetahuan Am: Peperiksaan PJS

Jata Negara atau Lambang Negara Malaysia:

Lambang Malaysia menunjukkan bintang
pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang
terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan
Kerajaan Persekutuan, manakala bintang
bersama-sama anak bulan itu tanda Agama
Islam-agama rasmi Malaysia.

Ikuti seterusnya dalam komen dibawah.

5 comments:

  1. Lima Bilah Keris

    Tanda Negeri-negeri melayu yang tidak bersekutu dahulu iaitu terdiri dari negeri Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahagian sebelah kiri perisai

      Itu menandakan negeri Pulau Pinang dan bahagian kanan pokok melaka iaitu negeri Melaka. Kedua-dua negeri ini adalah sebahagian dari negeri-negeri selat dahulu.

      Delete
    2. Empat jalur yang sama besarnya

      Dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna negeri Pahang, merah dan kuning warna negeri Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.

      Delete
    3. Tiga bahagian disebelah bawah:

      Negeri Sabah disebelah kiri dan Sarawak disebelah kanan. Ditengah-tengahnya ialah Bunga Raya-Bunga Kebangsaan.

      Harimau-Harimau

      Yang ditunjukkan sebagai penopang Jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia.

      Delete
    4. Cogan kata: BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU

      Ditulis dengan tulisan rumi disebelah kiri dan tulisan jawi disebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

      Sekian, jumpa semula dalam pelajaran seterusnya.

      Delete