Wednesday 19 December 2012

Lynas: Rayuan Penduduk Kuantan ditolak

Bernama  Dis 19, 2012

Tiga penduduk Kuantan hari ini gagal dalam cubaan
mereka untuk menyekat operasi Lynas Advanced Material Plant (Lamp)
di Gebenag, Kuantan.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka
terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan mengetepikan
permohonan mereka supaya ditangguhkan keputusan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) untuk memberi lesen
pengoperasian sementara (TOL) kepada Lynas Malaysia Sdn. Bhd (Lynas)
bagi menjalankan operasi pemprosesan nadir buminya di Gebeng.

Yang Arif Hakim Datuk Ramly Ali, yang mengetuai penal hakim
berkenaan, berkata Mahkamah itu mendapati Hakim Mahkamah
Tinggi Kuantan  bertindak betul disisi undang-undang dan dari segi fakta
apabila beliau menolak permohonan penangguhan mereka.

1 comment:

  1. Salam sahabat:

    Perjuangan penduduk Kuantan masih belum berakhir sekiranya mereka berhajat untuk meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Tetapi merayu ke Mahkamah Persekutuan bukan boleh dibuat secara otomatik kerana penduduk mestilah mendapatkan "Kebenaran Merayu" dari mahkamah tersebut, barulah perbicaraan penuh boleh dijalankan. Di Mahkamah Persekutuan 5 orang hakim yang akan mendengar perbicaraan tersebut.
    Sahabat-sahabat perlu mengikuti perjalanan kes tersebut kerana ia sangat berfaedah kepada Peperiksaan PJS dimana ia adalah berkaitan dengan prosedur di mahkamah tertinggi (Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi).

    Sila bagi komen jika ada............

    ReplyDelete