Diterbitkan: Rabu, 7 Mei 2014 2:32 PM
(Ubah saiz teks)
Peguam K.Muralidharan memberitahu pemberita bahawa mereka memfailkan satu permohonan untuk meminda pernyataan itu bagi menambah nama seorang pegawai SPRM yang merakamkan temu bual dan memuat naik ke dalam laman web SPRM dan YouTube yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap Abdul Khalid, sebagai pihak dalam saman itu.
Muralidharan berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menetapkan 21 Mei untuk mendengar permohonan itu semasa berjumpa pihak-pihak berkenaan di dalam kamar bagi pengurusan kes pada Rabu.
Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom bertindak bagi pihak Abu Kassim dan kerajaan.
Abdul Khalid, dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan pada 24 Dis tahun lepas berkata pihak defendan pada 4 April tahun lepas menemu bual seorang bernama Airos Shahidin Manaf dan kemudian memuat naik rakaman temu bual itu ke dalam portal rasmi MACC dan YouTube.
Beliau mendakwa temu bual itu kemudian dimuat turun, disalin, dicetak dan disiarkan dalam akhbar tempatan dan asing.
Abdul Khalid menegaskan bahawa kata-kata dalam artikel itu membayangkan beliau bersalah atas amalan rasuah, tidak amanah dan tidak layak sebagai seorang ahli politik.
Beliau berkata pihak defendan gagal untuk mengesahkan kebenaran tuduhan itu, sambil menamah artikel itu menjatuhkan maruahnya sebagai anggota Parlimen Bandar Tun Razak dan anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang.
Beliau menuntut ganti rugi dan/atau kerugian am serta ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan daripada Abu Kassim dan kerajaan.
No comments:
Post a Comment