Monday 14 July 2014

Hakim Mahkamah Rayuan Tarik Diri Daripada Dengar Rayuan Shafee


Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 7:04 PM
Shafee Abdullah.
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mah Weng Kwai hari ini menarik diri daripada mendengar rayuan yang dikemukakan oleh peguam.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terhadap keputusan Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara yang mengenakan denda terhadapnya kerana salah laku dalam profesionnya.
 
"Saya memikirkannya dengan penuh berhati-hati, saya akan menarik diri," kata Hakim Mah yang diminta oleh Muhammad Shafee supaya menimbang untuk menarik diri daripada mendengar rayuan berdasarkan hubungan rapat beliau dengan Majlis Peguam pada masa lepas.

Hakim Mah ialah pengerusi Majlis Peguam dari 2001 hingga 2003 dan merupakan anggota Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara selama 10 tahun.

Muhammad Shafee memberitahu mahkamah bahawa satu daripada alasan yang beliau akan bangkitkan dalam rayuannya ialah Majlis Peguam mengamalkan "pendakwaan terpilih" dan Hakim Mah mungkin tidak selesa untuk mendengar rayuan itu.

Semasa prosiding, Muhammad Shafee berada dalam keadaan yang mengaibkan setelah terpaksa menanggalkan jubah peguam di mahkamah terbuka itu kerana mewakili dirinya sendiri.
Hakim Mah, yang mendapati Muhammad Shafee memakai jubah peguam, bertanya kepadanya sama ada beliau memakai jubah dan peguam kanan itu menjawab beliau memakainya.
Pada mulanya, Muhammad Shafee kelihatan tidak menyedari mengenai perkara itu tetapi dilihat segera menanggalkan jubahnya selepas sedar tentangnya.
Peguam yang menghadapi litigasi dalam kesnya sendiri dikehendaki mengikut tradisi perundangan iaitu dengan menanggalkan jubah.
Terdahulu, Muhammad Shafee meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan mendengar rayuan itu kepada tarikh lain atas dua sebab.
Sebab pertama ialah untuk membolehkan beliau dan Majlis Peguam bertukar-tukar hujahan bertulis masing-masing dan yang kedua ialah atas penarikan diri Hakim Mah.

No comments:

Post a Comment