Friday, 7 November 2014

Perbuatan Liwat Tidak Pernah Berlaku, Kata Pihak Pembelaan


Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 9:12 PM
Anwar menunjukkan isyarat senyap kepada penyokongnya selepas selesai prosiding hari ketujuh pada Khamis.
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Perbuatan liwat di antara penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak pernah berlaku, pihak pembelaan memberitahu Mahkamah Persekutuan pada Khamis.

Peguam utama Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, ini disebabkan, satu permaidani sutera China di unit 11-5-1, di mana kejadian liwat yang didakwa berlaku, ditemui di unit kondominium yang lain, 11-5-2.

Beliau berkata, permaidani itu dirampas oleh pegawai polis forensik Supritendan Amidon Anan untuk profil DNA selepas dia pergi ke kondominium itu dengan pegawai penyiasat dan Mohd Saiful Bukhari untuk mengumpulkan eksibit.


Sri Ram berkata, Amidon, dalam testimoninya, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau hanya menjumpai rambut di unit 11-5-1.

"Pihak pendakwaan mendakwa permaidani itu dipindahkan. Tidak ada bukti bahwa permaidani itu dipindahkan. Permaidani tidak boleh dipindahkan ke unit yang lain. saya tidak percaya mengenai permaidani terbang," katanya, sehingga menyebabkan kalangan mereka yang berada dalam mahkamah yang sesak itu ketawa.

Sri Ram berkata, satu-satunya individu yang dapat mengesahkan fakta ini adalah pemilik kondominium, Hasanuddin Abd Hamid, tetapi pihak pendakwaan tidak pernah memanggilnya untuk memberi keterangan.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mendengar rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadap pemimpin pembangkang itu yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun ini selepas ia mengubah keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Anwar.

Empat hakim yang lain dalam panel Mahkamah Persekutuan itu adalah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah karena meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment