Sejumlah 63 orang MP Pakatan Rakyat menandatangani satu usul di Parlimen untuk menegur empat hakim yang mendengar kes Liwat II melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan.
Usul tersebut difailkan mengikut Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan hanya Parlimen boleh menegur tindakan kehakiman.
Usul berkenaan menegaskan: "Bahawa Dewan ini mengambil perhatian mengenai kelakuan hakim-hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Aziah Ali, Datuk Balia Yusuf Wahi dan Datuk Mohd Zawawi Salleh (selepas ini dirujuk sebagai 'Hakim-hakim tersebut') dalam mensabitkan Ketua Pembangkang YB Datuk Seri Anwar Ibrahim ada 7 Mac serta menjatuhkan hukuman 5 tahun."
Usul berkenaan akan disertakan secara automatik dalam aturan urusan mesyuarat apabila ia memenuhi syarat sokongan sekurang-kurang seramai 55 orang MP (satu perempat dari Parlimen).
“Sebelum 2008, kami tidak boleh melakukan perkara ini kerana tidak cukup bilangan MP untuk menandatanganinya,” kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dalam sidang media di bangunan parlimen.
Usul yang difailkan oleh timbalan presiden PKR Azmin Ali pada 26 Mac itu secara autmatik memenuhi syarat 14 hari esok – hari terakhir sidang Parlimen untuk penggal ini.
Rafizi bagaimanapun berkata, belum dapat dipastikan sama ada usul berkenaan akan dibahas kerana Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia boleh mengutamakan usul melibatkan urusan kerajaan terlebih dahulu.
"Tindakan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat ini menjadi peringatan penting kepada seluruh rakyat dan hakim-hakim bahawa kelakuan hakim-hakim akan terus diperhatikan oleh rakyat.
"Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat akan terus menggunakan sepenuh peruntukan Perlembagaan untuk menegurkan kelakuan dan tindakan hakim-hakim yang dilihat mencemarkan kredibiliti dan kebebasan instititusi kehakiman," kata Rafizi.
Usul yang sama pernah dikemukakan pada tahun 2008 apabila pengerusi DAP pada masa itu mengemukakan suul untuk menegur kenyataan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi yang mengakui menyogok pegawai mahkamah.
Usul berkenaan tidak dibahaskan tetapi tersenarai dalam aturan urusan mesyuarat.
“Tetapi (usul kali) ini lebih serius daripada usul sebelum ini,” kata MP PKR Subang R Sivarasa.

No comments:
Post a Comment