Mahkamah Rayuan telah ditubuhkan pada tahu 1994. Mahkamah ini mempuanyai bidangkuasa seperti dibawah:
(a) memutuskan rayuan-rayuan terhadap keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya;
dan
(b) yang lain yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan. (Perkara 121(1B)
Perlembagaan Persekutuan.
Mulai 1 Mei 2009, bilangan hakim mahkamah ini telah ditambah dari 22 orang kepada 32 orang melalui Perintah Yang di-Pertuan Agong (Perkara 122A(1) Perlembagaan Persekutuan).
Komposisi
Prosiding di Mahkamah Rayuan adalah didengar dan dilupuskan oleh penal tiga hakim atau lebih yang bilangannya hendaklah ganjil dan sebagaimana yang ditentukan oleh Presiden Mahkamah Rayuan (Seksyen 38 Akta Mahkamah Kehakiman 1964). Di bawah Perkara 122A(2) Perlembagaan Persekutuan, seorang hakim Mahkamah Tinggi juga boleh bersidang sebagai Hakim Mahkamah Rayuan jika Presiden Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa kepentingan keadilan menghendaki yang demikian. Hakim hendaklah dinamakan bagi maksud itu oleh Presiden selepas berunding dengan Hakim Besar Mahkamah Tinggi berkenaan.
Pelajaran seterusnya dalam komen di bawah:
Persidangan:
ReplyDeleteMahkamah Rayuan pada kebiasaannya bersidang di Istana Kehakiman, Putrajaya. Walaubagaimanapun Presiden Mahkamah Rayuan boleh mengarahkan supaya rayuan didengar pada bila-bila masa dan dimana-mana tempat di Malaysia (Seksyen 39 Akta Mahkamah Kehakiman 1964). Mahkamah Rayuan adalah mahkamah muktamad bagi perkara-perkara yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di bawah bidangkuasa rayuannya atau penyemakanya (Seksyen 87 dan 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964).
Seterusnya sahabat semua rujuklah Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang prosedur atau tatacara mahkamah tersebut.