Friday, 8 May 2015

'Tuduh Yazid bukan difikirkan kemudian'



Seorang anggota polis menafikan bahawa pertuduhan terhadap bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat dan Muhammad Hilmi Hassim, yang didakwa menganggotai militan Tandzim Al Qaeda Malaysia, bukan difikirkan kemudian.

Peguam Amer Hamzah Arshad sebelum itu bertanya pakar antikeganasan polis DSP Mohd Raby Abu Bakar sama ada beliau tahu Yazid dan Hilmi sebelum ini dibebaskan tanpa merujuk kepada sebarang keanggotaan pertubuhan, yang dipersetujui saksi.

Amer Hamzah: Kamu tahu apa jadi di Mahkamah Tinggi 2?

Raby: Mereka dibebaskan.

Amer Hamzah: Kamu setuju pertuduhan sekarang menjadi anggota Al Qaeda Malaysia hanya timbul selepas mereka dibebaskan?

Raby: Ya.

Amer Hamzah: Pertuduhan menjadi anggota Al Qaeda ini taktik atau pertuduhan yang difikirkan kemudian.

Raby: Saya tidak setuju.

Yazid dan Hilmi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2013 tetapi Mahkamah Rayuan mengetepikan arahan itu kemudiannya.

Saksi-saksi bersetuju bahawa mereka tidak hadir ke program usrah dikendalikan oleh Yazid di rumahnya antara Julai 2012 hingga Februari 2013.

Bagaimanapun, Raby mempertahankan bahawa perkataan Tandzim Al Qaeda Malaysia digunakan Yazid dalam usrah itu.

Raby berkata demikian walaupun Amer Hamzah menegaskan bahawa kenyataan dirakam daripada saksi-saksi daripada usrah itu tidak menyebut nama kumpulan itu.

No comments:

Post a Comment