Thursday 20 February 2014

Polis Selamatkan Empat Warga Myanmar Dijadikan Tebusan

SUNGAI PETANI: Empat lelaki warga Myanmar ditemui tidak bermaya dengan tangan dirantai di sebuah rumah di belakang sebuah hotel di Jalan Besar di sini malam Rabu.
Kesemua lelaki berusia 30-an itu dipercayai dikurung di dalam rumah itu selepas memasuki negara ini secara haram melalui Thailand sembilan hari lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Nashir Ya berkata polis menemui empat lelaki itu kira-kira pukul 10 malam dengan tangan dirantai dan ditempatkan di bahagian dapur rumah usang yang dijaga seorang lelaki warga Myanmar lain.

Katanya siasatan awal mendapati keempat-empat lelaki itu dikurung pihak tertentu bertujuan meminta wang tebusan daripada keluarga mangsa yang berada di Myanmar.
"Seorang daripada mangsa mengakui dibawa masuk ke negara ini sejak sembilan hari lalu sebelum ditempatkan di rumah terbabit," katanya ketika dihubungi di sini Khamis.
Nashir berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti dalang kegiatan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment