Khamis Februari 20, 2014
MELAKA: Rancangan oleh beberapa restoran untuk menawarkan hidangan eksotik bagi meraikan Hari Valentine di bandar yang terkenal dengan tabiat makan seperti itu tidak kesampaian apabila pihak penguatkuasa hidupan liar menyerbu premis-premis yang menyimpan paket-paket daging hidupan liar hampir pupus dan beberapa spesies haiwan yang masih hidup.
Pegawai-pegawai penguatkuasa daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menyerbu tiga premis di Machap Baru, kira-kira 7km dari Alor Gajah, di antara pukul 5.45 petang hingga 6.35 petang dalam operasi yang dilakukan pada 14 Februari.
Satu sumber memberitahu 'The Star' bahawa pegawai penguatkuasa daripada ibu pejabat Perhilitan menyerbu tiga premis terbabit berikutan maklumat bahawa daging eksotik menjadi sebahagian daripada menu makan malam untuk Hari Valentine.
Sejak tahun 1980-an, bandar ini terkenal untuk mereka yang gemar makan makanan eksotik dan dapur-dapur restoran menyimpan stok daging ular, tuntung sungai, 'salamander' dan pelbagai spesies haiwan dan burung yang sebahagiannya adalah spesis terancam.
Dalam serbuan pertama di Macap Baru, pihak berkuasa merampas 27 paket daging, dipercayai daging keluang, 12 paket daging musang dan empat paket daging beruk dan daging tuntung sungai.
Dalam serbuan kedua, pegawai-pegawai menemui dua spesies hidup Red Eared Slider (penyu semi- akuatik) dipercayai disimpan oleh pemilik berusia 52 tahun sebagai persediaan menu untuk 'candlelight' pada sebelah malam.
Serbuan terakhir dilakukan di dapur sebuah restoran di Machap Umboo di mana dua tuntung hidup dirampas.
Barang rampasan kini disimpan dan disimpan di pejabat jabatan itu di sini.
Pemilik restoran dijangka akan didakwa dalam tempoh beberapa hari akan datang.
No comments:
Post a Comment