Monday, 20 June 2016

Keluarga Ahmad Sarbaini Dapat Ganti Rugi RM213,000


MSTAR, Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2016 8:16 PM
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Isnin memutuskan kecuaian oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membawa kepada kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed lima tahun lalu dan memberi award RM213,000 sebagai ganti rugi kepada keluarganya.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh, yang mempengerusikan panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Abdul Rahman Sebli, memberikan award ganti rugi itu kepada balu Ahmad Sarbaini, Masiah alias Maziah Manap, 55, dan anaknya Shahril, 32, apabila membenarkan saman sivil mereka terhadap responden.

Ganti rugi itu adalah RM3,000 bagi kos pengebumian, RM10,000 untuk perkabungan dan RM200,000 sebagai ganti rugi teruk. Mahkamah juga memberikan RM20,000 kos guaman kepada keluarga Ahmad Sarbaini bagi prosiding mahkamah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Mahathir dedah rahsia BN menang pilihan raya kecil

ULASAN l  Mereka bertanya apakah pendirian saya setelah mereka menang.
Pendirian saya tidak berubah. Mungkin ia menjadi lebih keras.
Saya tidak mungkin sokong perbuatan salah guna kuasa seperti menubuh dana kekayaan negara dengan berhutang; pengurusan dana ini sehingga rugi berbillion-billion; pembelian oleh 1MDB tanah kerajaan bernilai RM3,000 pada harga RM60 sekaki persegi; penglibatan Jho Low dalam pengurusan 1MDB; pemindahan bermillion dollar Amerika kepada syarikat milik Jho Low; pengakuan Datuk Seri Najib Razak bahawa adalah benar wang sebanyak RM2.6 bilion ada dalam akaun peribadinya; kegagalan Najib menjelas dari mana datangnya wang ini; kehilangan berbillion ringgit wang 1MDB; pemindahan beban bayaran hutang 1MDB kepada kerajaan.
Saya juga tidak mungkin sokong penyalahgunaan kuasa oleh Najib dengan menangkap, memasukkan dalam tahanan, menuduh dengan mengguna undang-undang yang salah iatu undang-undang anti-terrorist yang kemudian ditukar kepada undang-undang mensabotaj ekonomi kononnya, membuang peguam negara supaya dapat diganti dengan peguam negara yang sanggup berbohong dan berselindung di belakang Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Saya tidak dapat terima seorang perdana menteri yang menjatuhkan maruah bangsa dan negara setelah akhbar dan TV seluruh dunia menyiar dengan terang dan bukti yang jelas akan salah laku Najib berkenaan duit 1MDB; institusi-institusi kerajaan di Switzerland, Singapura mendakwa berkenaan kesalahan 1MDB pimpinan Najib dalam pengurusan wang 1MDB; pembayaran berbillion ringgit kepada syarikat palsu, yang menyebabkan 1MDB disaman oleh badan milik kerajaan Abu Dhabi supaya dibayar gantinya sebanyak lebih RM20 bilion.

Friday, 17 June 2016

Rakaman KiniTV diklasifikasi bawah OSA

Rakaman video dua sidang media oleh Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan 1MDB Mac lalu, hari ini diiystihar di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan membuat keputusan itu sebelum video itu ditayangkan di mahkamah.
"Kandungan video terhadap laporan LTAT itu bukan untuk dilaporkan melalui media awam dan sosial. Ia adalah di bawah OSA," perintahnya.
Rakaman itu tidak dimuat naik oleh KiniTV Sdn Bhd tetapi diambil oleh juruvideo Mohd Azfar Effendi.
Ia dikemukakan hari ini oleh pihak pendakwaan semasa perbicaraan Rafizi, yang menghadapi dua tuduhan OSA selepas mendedahkan dokumen yang kononnya mengandungi pautan LTAT dan 1MDB di lobi Parlimen pada 24 Mac dan 28 Mac tahun ini.

K'jaan perlu pulangkan wang kepada keluarga tebusan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berhak untuk menyalurkan RM12 juta yang dikutip untuk tujuan membebaskan tebusan Sarawak dan seharusnya mengembalikan wang berkenaan kepada keluarga mangsa dan orang ramai.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Jacob George berkata, wang itu milik keluarga serta orang awam yang membantu keluarga tebusan sebelum ini.
"Ini bukan wang kerajaan, jadi siapakah Ahmad Zahid yang membuat keputusan untuk menyalurkan  wang tersebut kepada badan Islam? Ini adalah kemuncak sikap tidak bertanggungjawab dan ia tidak boleh diterima.
"Ini juga memalukan Islam dan semua agensi Islam," berkata Jacob kepada Malaysiakini.

PKR tuntut janji selepas Anwar dikejarkan ke hospital lagi

PKR terus merungut mengenai kekurangan rawatan perubatan kepada ketua umummya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa dikejarkan ke hospital sekali lagi, semalam kerana sakit belakang yang kronik.
Bulan lalu, Anwar yang kini meringkuk di penjara Sungai Buluh, Selangor juga terpaksa dikejarkan ke hospital akibat tekanan darah tinggi.
Dalam satu kenyataan bersama, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 30 Jun tahun lalu berjanji bahawa Anwar akan menerima rawatan perubatan yang diperlukan.
“Hampir setahun berlalu namun janji hanya tinggal janji,” kata mereka.
Mereka juga mempersoalkan jaminan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi termasuk membawa pakar perubatan dari luar negara untuk merawat Anwar.

Thursday, 16 June 2016

Kehadiran Azmin Kelirukan Rakyat - Hishammuddin


MSTAR, Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2016 7:18 PM
  (Ubah saiz teks)
SUNGAI BESAR: Kehadiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turun padang untuk kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di sini hanya menimbulkan lebih tanda tanya kepada rakyat.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, adalah mengelirukan apabila Azmin muncul menyokong Pakatan Harapan dan dalam masa sama mendoakan PAS atas nama politik matang.
"Macam mana nak kata matang kalau ia mengelirukan rakyat," katanya kepada pemberita Rabu.
Bagaimanapun ketika ditanya, beliau tidak menafikan apa yang berlaku ini sedikit-sebanyak memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).
"Nak cakap tak ada kelebihan pun tak benar juga kerana bila pemimpin-pemimpin mereka turun, contohnya Azmin turun, timbulkan lebih banyak tanda tanya apabila dia sokong calon Amanah.
"Tapi pada masa sama doakan calon PAS selamat dan perancangan kempen berjalan lancar, apa makna hujah begitu, lebih-lebih lagi ia datang daripada pemimpin tertinggi pentadbiran Selangor," katanya.

Rafizi: K'jaan ada tiga pesawat, kenapa sewa jet peribadi?

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mempersoalkan keperluan kerajaan menyewa sebuah jet peribadi sedangkan ia sudah mempunyai tiga pesawat sedia ada.
Ia berikutan pendedahan beliau minggu lalu bahawa isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan pesawat Airbus ACJ319 A6-CJE yang dimiliki Emirates Airline bagi perjalanan ke Istanbul.
Berdasarkan anggarannya, Rafizi berkata RM86.4 juta telah dibelanjakan untuk menyewa jet itu selama dua bulan.
Justeru ahli parlimen Pandan itu berkata jet kerajaan sedia ada sepatutnya digunakan untuk perjalanan itu.

Wednesday, 15 June 2016

Tak Turun Kempen, Azmin Jawab KJ


MSTAR,Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 10:39 PM
  (Ubah saiz teks)



SUNGAI BESAR:
 Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akhirnya menjawab kritikan dan tuduhan mengenai ketidakhadirannya berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Azmin berkata, beliau tidak perlu bersusah payah untuk meraih undi penduduk di Sungai Besar kerana beliau sentiasa turun padang untuk bertemu rakyat walaupun tanpa pilihan raya.

"Media tanya saya, Khairy Jamaluddin tanya saya mana pergi Azmin Ali dia tak datang maknanya dia tak sokong Amanah dan Pakatan Harapan.

"Saya tak payah pulun kerja di Sungai Besar semata-mata kerana PRK. Kita dalam kerajaan negeri sebelum ini dari 2008, atas semangat Pakatan Rakyat dan sekarang Pakatan Harapan, kita kerja sepanjang masa sama ada pilihan raya, tak ada pilihan raya kita turun kerja beri khidmat kepada rakyat," katanya.

BERUSAHA DENGAN GIGIH SEHINGGA DILANTIK

Kepada calon-calon yang gagal dalam exam kelayakan
Pjs yang lalu, jangan sesekali berputus asa dan teruskan
berusaha dengan dimulakan membuat rayuan sekiranya
kali pertama gagal.  Jika kali ke dua gagal maka buatlah
permohonan baru.  Mereka yang berjaya dilantik mesti
ada sejarah exam masing-masing, ada yang 4 kali exam
baru berjaya. Apa pun nasihat saya seorang yang bercita-cita
menjadi Pjs mestilah berusaha secara maksimum kerana
tiada jalan singkat untuk lulus exam dan temuduga.  Ingat
pesan saya cita-cita anda mestilah mengunung ibarat Kinabalu.
Jika dapat gunung Tahan pun,  maka anda sudah berjaya. remba@pjs

Tuesday, 14 June 2016

MASA UNTUK BERDOA SELEPAS BERUSAHA

Kepada calon-calon yang telah menghadapi sesi temuduga
Pesuruhjaya Sumpah 1/2016 yang baru lalu, maka teruskan 
berdoakan untuk kejayaan selepas kita berusaha dengan gigih
untuk menjadi seorang Pesuruhjaya Sumpah yang bertauliah.
Pesan saya, cita-cita untuk menjadi seorang Pesuruhjaya 
Sumpah mesti mengunung ibarat Kinabalu.
Remba@pjs

Bendera Parti Berbeza Dengan Warna Logo Bukan Kesalahan - SPR


MSTAR, Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 12:16 AM
  (Ubah saiz teks)
KUALA KANGSAR: Pemasangan bendera parti yang berbeza dengan logo parti bukan satu kesalahan mengikut undang-undang pilihan raya, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, tiada keperluan untuk memohon kelulusan daripada SPR bagi penggunaan bendera sesebuah parti.
Menurutnya, bagi bendera sesebuah parti politik atau pertubuhan, ia telah diluluskan mengikut Akta Pertubuhan 1966.
Sekiranya, kesalahan berkaitan bendera parti yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), ia tertakluk kepada Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966 dan bukan di bawah undang-undang berkaitan pilihan raya, katanya.
"Oleh itu, tidak timbul isu penggunaan bendera berlainan warna dengan logo yang didaftarkan kerana apa yang dipaparkan dalam laman sesawang SPR adalah versi warna bagi simbol parti sahaja dan bukan simbol parti serta bentuk penggunaannya termasuklah pada bendera Parti Amanah Negara (Amanah)," katanya dalam kenyataan.

Hadi memang pasang niat mahu jadi PM, dakwa Kit Siang

Ketua ahli-ahli parlimen DAP, Lim Kit Siang hari ini mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menjadi Perdana Menteri tatkala Pakatan Rakyat menuju pilihan raya umum tahun 2013.
Justeru, apabila DAP dan PKR tidak menyokong keinginan beliau itu, adalah tidak mengejutkan apabila Abdul Hadi menyebelahi Umno walaupun jika itu bermakna menutup mata kepada salah laku yang didakwa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya.
"Beliau tidak memberi manfaat kepada Pakatan Rakyat dan memutuskan untuk membawa lapangan politik baru buat PAS yang diketuai oleh beliau dengan bertindak sebagai 'penasihat' kepada Najib selaku presiden Umno dan perdana menteri walaupun terpaksa 'membutakan' mata dalam dua skandal global Najib yakni 1MDB bernilai RM55 bilion dan 'derma' RM4.2 bilion.

Monday, 13 June 2016

150 Biji Durian Dicuri, Pemilik Dusun Rugi RM10,000


MSTAR< Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2016 10:42 PM
Gambar hiasan.
  (Ubah saiz teks)
SUNGAI PETANI: Seorang pemilik dusun durian kerugian kira-kira RM10,000 selepas 150 biji durian pelbagai jenis di dusunnya yang terletak di Gurun, dekat sini, dicuri awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata, kejadian itu hanya disedari selepas mangsa yang berusia 44 tahun itu membuat rondaan antara 5 pagi dan 7 pagi.
"Mangsa membuat rondaan pada 5 pagi dan mendapati buah yang luruh tiada dan rondaan pada 7 pagi pula mendapati terdapat kesan pagar dipotong.
"Siasatan awal mendapati terdapat lima pekerja berada di dusun itu ketika kejadian dan mereka sedang tidur tanpa menyedari berlakunya kecurian," katanya kepada Bernama, Ahad.
Md Zukir berkata, dusun milik mangsa seluas 12.14 hektar itu berpagar dan mempunyai 2,000 pokok durian termasuklah jenis Musang King, 101, Duri Hitam dan durian kampung.
"Terdapat tiga seksyen A, B dan C, dan kejadian kecurian dipercayai hanya berlaku di kawasan A dan C yang terletak di kawasan terpencil dan agak jauh dari jalan utama," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - Bernama

Tun M letak 2 syarat untuk kembali kepada Umno

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meletakkan dua syarat kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jika mahu beliau kembali kepada Umno.
Syarat yang pertama adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disingkirkan dari Umno, kata Mahathir.
Manakala, syarat kedua pula ialah parti itu dipulihkan selepas penyingkiran Najib.
"Kalau dia buang Najib dahulu, pulihkan Umno kepada yang asal, ada kemungkinan saya timbang (untuk kembali pada Umno)," katanya kepada wartawan selepas berceramah menyokong kempen Parti Amanah Negara (AMANAH) di Kuala Kangsar, petang ini.

Friday, 10 June 2016

Kemaluan Tersepit: Pengendali Eskalator Berdepan Tindakan


MSTAR Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2016 8:48 AM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali ekskalator di pasar raya di Bagan Serai berikutan insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera pada bahagian kemaluan akibat tersepit di eskalator, Isnin lalu.
Pengendali itu akan dibawa ke mahkamah selepas didapati kemudahan yang dipasang itu tidak mendapat sijil sah layak menduduki (CF).
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan Malaysia (DOSH), Datuk Ir. Mohtar Musri berkata, pengendali yang menjalankan operasi ekskalator tersebut sedangkan tidak menyelenggaranya atau memperbaharui CF, akan berdepan dengan denda RM100,000 atau penjara dua tahun sekiranya didapati bersalah.
"Kita telah periksa peranti keselamatan yang dipasang pada ekskalator dan CF. Berdasarkan siasatan kita, mereka tidak mengikut peraturan.
"Kita akan menghantar kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara supaya tindakan dapat diambil," katanya.

Dua Pertiga Pedofilia Dikenali Kanak-Kanak


MSTAR Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2016 8:44 PM
Richard Huckle
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Pelaku pedofilia adalah ibarat ular yang bersarang di dalam rumput dan sukar dikenal pasti sehinggalah mereka menampakkan wajah sebenar dan menyerang kanak-kanak.

Dua pertiga daripada pedofilia dikenali kanak-kanak kerana mereka selalunya menyamar sebagai sukarelawan dengan agensi yang berkhidmat untuk kanak-kanak,kata Persatuan Paediatrik Malaysia (MPA) dan Kolej Paediatrik Malaysia.

Menurut persatuan itu, pedofilia akan memperlihatkaan diri masing-masing sebagai manusia yang boleh dipercayai agar mereka sentiasa dapat mendampingi mangsa.

"Statistik menunjukkan bahawa anak anda lebih berisiko dengan seseorang yangmereka kenali berbanding seseorang yang langsung tidak mereka kenali," kata dua persatuan itu dalam kenyataan bersama pada Khamis.

WSJ buat pembetulan, kata dana 1MDB dipindah ke Switzerland

The Wall Street Journal telah mengeluarkan pembetulan, mengatakan A$3 bilion dana bon US Goldman Sachs yang dijana untuk 1MDB telah dpindahkan ke bank BSI di Switzerland dan bukannya Singapura seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Goldman Sachs Group Inc memindahkan AS$3 bilion dalam bentuk perolehan bon daripada bulan Mac 2013 yang dikeluarkan oleh 1MDB Malaysia kepada akaunnya di Switzerland enerusi BSI SA, menurut sumber yang rapat dengan perkara itu.
"Versi awal artikel ini telah menyatakan secara tidak tepat yang wang itu dihantar ke akaun 1MDB di bank swasta cawangan Singapura," kata WSJ dalam nota kaki kepada artikel asal yang diterbitkan pada 7 Jun.