Friday, 27 February 2015

Anwar Perlu Minum Teh Dengan Agong - Izzah


Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 1:08 PM
  (Ubah saiz teks)
DIKEMASKINI
PETALING JAYA: Pakatan Pembangkang menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya 'tidak lepas tangan' dalam isu permohonan bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir persidangan Dewan Rakyat pada 9 Mac ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, keputusan untuk membenarkan Anwar hadir ke Parlimen bagi menjalankan tugasnya sebagai Ketua Pembangkang terletak dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Ini satu cubaan untuk tidak memikul tanggungjawab jawatan beliau. Jabatan Penjara adalah dibawah Kementerian Dalam Negeri, dan bukannya Peguam Negara.

Hanya Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa untuk membenarkan Datuk Seri Anwar menghadiri sidang Parlimen.

"Datuk Seri Zahid wajib bersetuju dengan perkara ini dan memberikan arahan yang sepatutnya kepada Jabatan Penjara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadikan Rakyat (PKR) di sini, Jumaat.

Terpedaya Dengan 'Rayuan Seks'


Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 10:14 AM
Gambar yang dimuat naik di Facebook mendakwa sebagai anggota militan Chechen di Syria.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Gambar-gambar 'abam handsome' (lelaki tampan) dilihat digunakan untuk menarik minat remaja perempuan menyertai kumpulan militan di Syria.

Terbaharu pihak yang merekrut anggota baharu mengambil kesempatan dengan kaedah 'rayuan seks' untuk menarik minat remaja perempuan yang mudah tertipu.

Salah satu pengendali akaun Facebook, dikenali sebagai Abu Chechnya di Rusia (http://on.fb.me/ 1Avavyn), meletakkan gambar militan Chechen di Syria.

Menerusi ruangan komen pada gambar itu, secara terang pengendali akaun Facebook itu membalas komen seorang pengguna lain dengan menulis: "Ada yang berkenan ke kat dalam gambar tu??? Abam2 shishani handsome2 wowww hahaha!!! (Berminat dengan sesiapa di dalam gambar? Orang-orang di sini kacak)."

Ahli psikologi klinikal, Prof Madya Dr Alvin Ng berkata secara umumnya remaja cenderung mendekati apa sahaja yang menarik minat mereka.

Multaqa PAS 'bagai simbah minyak ke api'



ULASAN Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur atas berlangsungnya program Multaqa Ulama II yang baru sahaja selesai diadakan.

Usaha untuk menghimpunkan keseluruhan ahli PAS yang berlatarbelakang pendidikan agama melalui suatu multaqa adalah satu usaha besar yang sudah pastinya penuh cabaran.

Mungkin tidak salah kalau dikatakan ianya merupakan usaha menghadirkan keseluruhan kekuatan dan kemampuan ulama’ PAS dari seluruh negara demi menzahirkan peranan dan pengaruh ulama’ di dalam PAS.

Oleh kerana ia digambarkan sebagai ‘program mega’ yang begitu sifatnya, maka tidak salah kalau dikatakan bahawa harapan rakyat, dan ahli PAS khususnya, pasti begitu tinggi.

Mungkin diharapkan bahawa ia akan menjelaskan lagi arah tuju PAS sebagai rakan Pakatan Rakyat, yang sambil bergerak dalam kerangka gabungan ini, dapat mencapai aspirasi perjuangannya.

Sudah pasti seluruh rakyat mengharapkan kemelut yang berterusan dalam Pakatan, entiti politik yang dilihat sebagai harapan rakyat untuk menggantikan BN, akan dapat ditamatkan atau paling kurang dilunturkan hasil multaqa ini.

Shahrizat Redha Keputusan Mahkamah


Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2015 8:12 PM
Shahrizat bersama suaminya, Dr Mohamad Salleh Ismail.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil redha dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang menolak permohonan suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail untuk membatalkan dua pertuduhan pecah amanah.

Shahrizat, yang juga Ketua Wanita UMNO, berkata keputusan itu bagaimanapun tidak akan mematahkan semangat keluarganya untuk mencari kebenaran.

"Kami sekeluarga menerima baik keputusan itu, walaupun kami sekeluarga amat sedih sekali, kita tawakal kepada Allah'" katanya kepada pemberita pada sidang media di kediamannya, di sini.

Shahrizat berkata suaminya akan berbincang dengan peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengemukakan rayuan undang-undang bagi tindakan selanjutnya.

Mohamad Salleh, Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), gagal dalam permohonannya untuk membatalkan dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta yang dihadapinya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Husin menolak permohonan Mohamad Salleh selepas mendapati kedua-dua pertuduhan itu adalah teratur dan tidak cacat serta terdapat isu yang perlu dibicarakan dalam perbicaraan penuh.

Seorang Lagi Militan Warga Malaysia Terbunuh di Syria


Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2015 11:51 AM
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Konflik di Syria semakin meruncing apabila seorang lagi militan warga Malaysia, Abdul Samad Shukry Mohamad dilaporkan terbunuh. 

Bekas ahli Jemaah Islamiyah, berusia 55 tahun yang lebih dikenali sebagai Abu Aisyah, yang cedera dalam satu serangan oleh tentera Syria lima bulan lalu, meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya. 

"Dia pergi ke Syria pada 1 Februari tahun lalu. Lima bulan yang lalu, dia cedera selepas dibom dalam satu serangan oleh tentera Assad (tentera Syria). Biarpun terselamat dalam kejadian tersebut, dia mengalami kecederaan parah di bahagian kaki. 
"Mangsa dipercayai telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di Turki namun dia meninggal dunia akibat komplikasi daripada pembedahan yang dijalankan," menurut sumber pada Khamis. 
Abu Aisyah merupakan mangsa keenam warga Malaysia yang dilaporkan  terbunuh dalam konflik kumpulan militan di Syria.

Majlis Peguam tolak tawaran debat Shafee



Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong menolak tawaran untuk berdebat dengan ketua pendakwa dalam kes Liwat II, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Katanya, seorang pendakwa raya tidak sepatutnya tampil untuk berdebat seperti itu kerana ia satu tindakan yang melanggar etika.

Leong berkata demikian bagi mengulas tawaran Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabery Cheek untuk menganjurkan debat di antara beliau dan Shafee.

Katanya, seorang pendakwa raya mewakili kerajaan dan rakyat, maka setiap penjelasan mengenai berkenaan perlu dibuat secara “tanpa emosi, berhati-hati dan tenang”.

“Tentu sekali tidak bertempat kalau diadakan jelajah atau debat,” katanya.

Katanya, program seperti itu mungkin akan “memalukan atau menjejaskan keyakinan umum” ke atas institusi badan pendakwaan.

Thursday, 26 February 2015

Anwar mengaku salah bila mohon pengampunan?



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berulangkali menegaskan beliau tidak bersalah terhadap tuduhan liwat dan rakan-rakannya di Pakatan Rakyat yakin beliau tidak akan memohon pengampunan diraja bagi jenayah yang tidak dilakukannya.

Bagaimanapun, tanpa disangka keluarganya telah membuat kejutan apabila secara senyap menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat pengampunan, dan ia sekaligus turut mengejutkan peguamnya dan pihak PKR.

Di kalangan parti itu, kebimbangannya ialah langkah memohon pengampunan itu adalah sama seperti pengakuan bersalah. Organisasi media yang dikawal kerajaan telahpun menjuruskan kea rah itu.

Bagaimanapun, peguam kes jenayah Baljit Singh Sidhu berkata keluarga Anwar telah ‘dengan bijak’ mengatakan bahawa mereka meminta pengampunan diraja atas alasan berlakunya salah laksana keadilan.

Banyak alasan untuk pengampunan

Namun begitu, katanya, tidak kira apa juga kenyataan keluarga Anwar, memohon pengampunan adalah untuk meminta keampunan bagi kesalahan yang dilakukan.
 
"Mereka (keluarga) boleh menyatakan apa juga alasan, tetapi ia masih memohon keampunan bagi kesalahan itu," kata Baljit (kiri) kepada Malaysiakini.

Mahkamah Persekutuan, pada 10 Februari lalu, mengekalkan sabitan dan hukuman lima tahun hukuman ke atas Anwar terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Seorang lagi peguam jenayah, Amer Hamzah Arshad, bersetuju 
bahawa memohon pengampunan diraja akan mewujudkan persepsi pengakuan bersalah.

Namun, Amer berkata, petisyen bukanlah satu dokumen di mana hujah-hujah perundangan dibuat mengenai Anwar tidak bersalah atau bersalah.

"Keputusan (berhubung petisyen itu) tidak tertakluk kepada hujah-hujah perundangan... Terdapat banyak alasan untuk memohon pengampunan.

"Jadi, sebagai contoh, jika pengampunan diberi atas alasan belas kasihan, ia bukan satu pengakuan bersalah," katanya kepadaMalaysiakini.

Oleh itu, Amer (kanan) menambah, garis hujah keluarga Anwar juga tidak sama seperti pengakuan bersalah.

Petisyen, yang dikemukakan pada saat-saat akhir, yang menurut keluarga Anwar, dibuat atas inisiatif mereka sendiri, telah menimbulkan persoalan sama ada Anwar sendiri sedar mengenai usaha itu.

Malah, peguam Anwar, N Surendran sebelum ini berkata mereka tidak menerima arahan dari ketua pembangkang itu untuk memfailkan petisyen tersebut.

"Biasanya tertuduh sendiri yang mengemukakan petisyen itu... tetapi petisyen yang dikemukakan oleh pihak yang berkenaan, bukanlah sesuatu yang tidak pernah dilakukan," kata Amer.

Sambil bersetuju dengannya, Baljit berkata, orang yang rapat dengan Anwar boleh mengemukakan petisyen seumpama itu dan ia dianggap dibuat dengan persetujuan orang yang disabit.

"Jika ini bukan pendirian orang yang disabitkan itu, maka dia mesti menghantar surat untuk mengisytiharkan pendiriannya itu," katanya.

Jika tidak, kata Baljit, prosedur berkaitan petisyen itu akan diteruskan.

PKR mohon Anwar ke Parlimen bulan depan



Setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap masih lagi ahli parlimen Permatang Pauh, PKR akan memohon beliau dibenarkan menyertai sidang Dewan Rakyat mulai 9 Mac.

"Sebagai ketua pembangkang, Anwar wajar dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat untuk sidang Parlimen yang akan datang," kata setiausaha agung PKR dalam satu kenyataan.

Rafizi Ramli, yang juga naib presiden parti itu, menambah PKR dan kumpulan peguam Anwar akan berurusan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk mendapatkan kebenaran tersebut.

Anwar masih kekal sebagai sebagai wakil rakyat sehingga petisyen pengampunan diraja yang dimohon semalam diselesaikan.

Walaupun keputusan memohon pengampunan itu dibuat oleh keluarga Anwar, kata Rafizi lagi, PKR memberikan sokongan penuh.

Biro politiknya memutuskan malam tadi untuk menyokong tindakan keluarga Anwar dengan alasan beliau berdepan "ketidakadilan ketara" dalam kes liwatnya.

"Keseluruhan pendakwaan dan penghakiman terhadap Anwar dilihat berunsur politik bertujuan menyekat kemaraan beliau dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya," kata Rafizi.

"Sejak beliau dipenjarakan, pendakwaan dan penghakiman itu telah mendapat kutukan dari seluruh dunia yang rata-ratanya menganggap Anwar seorang tahanan politik yang dihukum atas pendirian dan prinsipnya, bukan kerana kesalahan yang diuar-uarkan."

Wednesday, 25 February 2015

Anwar Tak Bersalah, Dizalimi - Nurul Nuha


Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 11:37 PM
Nurul Nuha
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memohon pengampunan diRaja berhubung sabitan liwatnya, mendakwa Ketua Pembangkang itu tidak bersalah walaupun Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusannya dalam kes itu.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, anak kedua Anwar, Nurul Nuha menyatakan bahawa keluarga kepada penasihat PKR itu meletakkan keyakinan kepada proses perlembagaan selepas mendakwa Anwar menjadi 'tahanan politik'.

"Ayahanda kami tidak bersalah dan telah dizalimi apabila beliau telah disabitkan dengan pertuduhan bersifat politik dan dihukum penjara lima tahun.

"Justeru ayahanda kami merupakan seorang tahanan politik

"Kami meletakkan keyakinan kepada proses perlembagaan ini serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan tanpa campur tangan politik mahu pun mana-mana cabang kerajaan bersesuaian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui institusi Raja Berperlembagaan," katanya.

Nuha yang juga penyelaras kempen March2Freedom berkata melalui petisyen tersebut, segala fakta dan keadaan-keadaan bagi pertimbangan yang wajar diteliti secara menyeluruh telah dikemukakan.

Berikutan petisyen yang dihantar, status Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh belum terlucut sehinggalah ia diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Terdahulu, pemimpin PKR pada menafikan keluarga Anwar akan mendapatkan pengampunan diraja, yang dalam masa yang sama bermaksud beliau mengaku bersalah dalam kes itu.

Pasangan Patut Disabitkan Bunuh Pembantu Rumah - Mahkamah Rayuan Diberitahu


Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 6:17 PM
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Pasangan suami isteri patut disabitkan bagi kesalahan membunuh pembantu rumah mereka kerana mereka sengaja mengabaikannya dengan tidak memberinya makan untuk satu tempoh lama yang menyebabkan kematian wanita warga Kemboja itu, Mahkamah Rayuan di sini diberitahu, Selasa.

Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali berhujah bukan sahaja Mey Sichan yang hanya seberat 26.1 kg tidak diberi makanan untuk dimakan tetapi wanita itu juga  telah didera dan dicederakan dengan kesan kecederaan pada seluruh tubuhnya.

Beliau berkata Hakim Mahkamah Tinggi telah gagal untuk meneliti keterangan berhubung dengan penderaan dilakukan pasangan itu terhadap si mati.

"Tiada sebab untuk si mati mencuri makanan atau mencari cebisan makanan dalam tong sampah kecuali dia tidak diberikan makanan," kata Lailawati dan menurutnya Mey turut tidak diberikan rawatan perubatan.

Keluarga Anwar muncul di Istana Negara

Anggota keluarga ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong berhubung sabitan kes Liwat II.

Anggota keluarga Anwar muncul di Istana Negara pada kira-kira jam 3.30 petang ini bagi mengemukakan permohonan itu.

Seorang anak perempuan Anwar, Nurul Nuha mengesahkan perkara itu.

"Satu rayuan untuk mendapatkan Pengampunan Yang di-Pertuan Agong sudah dikemukakan.

"Mahkamah mungkin menjatuhkan hukuman bersalah namun bapa kami dan keluarga kami tetap menyatakan bahawa beliau tidak bersalah.

"Selari dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, kami berharap agar institusi diraja akan memberi pengampunan atas nama keadilan dan berdasakan semua fakta.

Kenaikan pangkat hakim disekat Putrajaya?



Satu siri kenaikan pangkat untuk hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan baru sahaja berlalu.

Namun hakim paling kanan di Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, sekali lagi 'tertinggal' dalam siri kenaikan pangkat ini.

Apakah sebab sebenar di sebalik perkara ini?

Malaysiakini difahamkan nama Hakim Hishamudin tiada dalam senarai kerana satu pekeliling daripada Pejabat Perdana Menteri.

Ia boleh diimbas seawal tahun 2013 lagi apabila cadangan kenaikan pangkatnya dipanjangkan kepada Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.

Dan kini, nama Hakim Hishamuddin sekali lagi tiada dalam senarai kenaikan pangkat pada 16 Februari lalu dan beliau didahului Hakim Datuk Zaharah Ibrahim.

Hakim Hishamudin akan mencecah usia 66 tahun pada September depan - umur persaraan wajib bagi hakim.

Di kalangan pemerhati badan kehakiman, Hakim Hishamudin dikenali sebagai seorang hakim yang berfikiran terbuka.

Pada Januari 2013, beliau mengetuai panel tiga orang hakim yang memutuskan bahawa pemimpin Hindraf P Uthayakumar (atas) dan M Manoharan boleh memfailkan saman kelompok terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya.

Saman itu difailkan susulan tuduhan pengabaian 523 buah sekolah aliran Tamil oleh kerajaan walaupun ia mendapat separa bantuan dari kerajaan.

Tuesday, 24 February 2015

Pereira tak berwibawa, kata Rafizi



Naib Presiden PKR Rafizi Ramli membangkitkan soal kesahihan kenyataan dibuat oleh DSP Jude Pereira, yang dilihatnya tidak berwibawa.

Rafizi berkata, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sendiri menyebut bahawa beliau bukan saksi berwibawa.

Anggota parlimen Pandan itu berkata rakyat Malaysia tidak patut mendengar apa yang diperkatakan Pereira ekoran terdapat prosedur dijalankan dengan tidak teratur.

Rafizi membangkitkan tindakan Pereira tidak mengikut prosedur polis dengan membuka bekas bukti, seperti dibangkitkan di mahkamah.

“Seseorang macam ini... macam-macam boleh keluar dari mulutnya,” kata Rafizi.

Anwar tak mohon pengampunan diraja



Walaupun mempunyai pilihan untuk memohon pengampunan diraja untuk mengekalkan kerusi Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mengambil tindakan itu.

Tindakan itu terus membuka peluang baginya untuk memfailkan semakan kehakiman untuk mengetepikan sabitan kes Liwat II oleh Mahkamah Persekutuan.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli semalam berkata Anwar tidak mengeluarkan arahan kepada peguamnya untuk memohon pengampunan diraja kerana tetap dengan pendirian “tidak bersalah”.

Perkara itu turut disahkan oleh seorang peguam Anwar, Latheefa Koya, yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR kepadaMalaysiakini.

Hukuman Mati Tiga Lelaki Bunuh Pensyarah Kekal


Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2015 7:02 PM
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap tiga lelaki termasuk seorang bekas pelajar Institut Bina Negara (IKN) bagi kesalahan membunuh pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bakarudin Busu, 13 tahun lalu.

Panel lima hakim diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop  sebulat suara menolak rayuan akhir bekas eksekutif jualan Sulkarnain Alias,  bekas pemandu forklift Noorman Ab. Wahab dan Azizul Azual Jailani.

Dalam keputusannya, Hakim Ahmad berkata, Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan yang betul apabila mendapati ketiga-tiga mereka bersalah atas tuduhan membunuh pensyarah sains sukan itu.

Beliau berkata, Mahkamah Rayuan telahpun mempertimbangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh perayu dan bersetuju dengan keputusan yang dicapai oleh Mahkamah Tinggi.

Anwar gugur kelayakan MP esok


Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim secara automatik akan hilang kelayakan sebagai anggota parlimen mulai esok, berikutan parti itu tetap dengan keputusan untuk tidak memohon pengampunan Diraja bagi pembebasannya.

Perkembangan terbaharu itu memberi isyarat jelas bahawa pilihan raya kecil Permatang Pauh hampir pasti diadakan kerana kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang Anwar mungkin diisytiharkan "secara rasmi kosong" tidak lama lagi.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli memberitahu media hari ini bahawa PKR tidak akan memohon pengampunan Diraja bagi pembebasan Anwar, sambil menambah bahawa tiada arahan daripada ketua pembangkang itu untuk berbuat demikian.

Hari ini adalah hari terakhir bagi Anwar untuk mengemukakan permohonan bagi pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Kes hasutan: Rafizi dipanggil ke Bukit Aman



Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan 1948, kira-kira pukul 2 petang tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, Mohd Rafizi, yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), diambil keterangan berhubung kenyataan beliau yang dimuatnaik dalam akaun Twitter miliknya baru-baru ini yang dipercayai berbaur hasutan terhadap institusi kehakiman negara.

Sementara itu, Mohd Rafizi yang ditemui media di luar Ibu Pejabat Polis itu selepas memberi keterangannya berkata beliau menerima notis untuk dipanggil bagi merakam percakapan beliau pada 18 Feb lepas oleh seorang Inspektor yang mengendalikan kes tersebut.

Katanya, beliau hadir pada hari ini susulan kelapangan masa selepas cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Bernama

Monday, 23 February 2015

Saya dedah waktu sesuai, kata Sirul



Bekas anggota polis Sirul Azhar Umar berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan Australia kerana memberi pelindungan kepadanya sepanjang beliau ditahan di negara itu.

Dalam telesidang bersama Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pada kira-kira jam 1.28 petang, Sirul berkata beliau tidak berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun, bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu berkata, beliau akan memberi kenyataan pada waktu yang sesuai.

"Saya menghormati sepenuhnya pemerintahan kerajaan Australia yang mana saya sekarang bawah lindungan pihak Asutralia. Dan saya perlu menghormati negara Australia.

“Saya tak berhasrat untuk membuat kenyataan di masa ini. Bagaimanapun saya akan cuba  membuat satu kenyataan dari masa ke semasa dan apabila waktu sesuai," katanya.

Selepas itu, beliau hanya mengucapkan "terima kasih" dan meletakkan telefonnya tanpa mengambil sebarang soalan daripada pemberita.

Telesidang itu bermula lambat apabila Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar tidak dapat menghubungi walaupun percubaan berkali-kali dibuat.
 

Anak Anggota Polis Mati Ditembak Di Sungai Siput


Diterbitkan: Sabtu, 21 Februari 2015 2:16 PM
  (Ubah saiz teks)
IPOH: Anak seorang anggota polis mati ditembak pada bahagian lengan kiri, bahu kanan, pipi kiri serta belakang kepala di tempat letak kereta di kediamannya di Lorong Lapan, Taman Tun Sambanthan dekat Sungai Siput di sini, Jumaat malam.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supritendan Wan Jamil Wan Chik berkata, dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam, lelaki berusia 28 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena empat das tembakan.
Beliau berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian daripada bapa mangsa yang terdengar bunyi tembakan di hadapan rumahnya.
"Hasil siasatan mendapati mangsa yang ketika itu menaiki kereta seorang diri dipercayai ditembak dengan beberapa das tembakan ketika turun dari kereta hendak masuk ke rumah," katanya dalam kenyataan, Sabtu.

Jude Pereira: Biar rakyat hakimi



Pegawai penyiasat kes Liwat II Jude Pereira enggan mengulas berhubung dakwaan terdapat cubaan untuk mempengaruhi kes itu oleh pengerusi NGO MyWatch R Sri Sanjeevan.

Jude memberitahuMalaysiakini bahawa beliau tidak akan mengulas perkara itu, termasuk berhubung penafian Sanjeevan (kanan).

Beliau juga enggan menjawab soalan sama ada membuat laporan polis dalam isu itu.

“Maaf, saya tidak dapat buat sebarang komen.

“Biarlah rakyat menghakiminya,” kata Pereira.

Baru-baru ini, satu laporan telah muncul yang mendakwa bagaimana Pereira diminta membuat kenyataan umum mendakwa ada konspirasi terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Telesidang dengan Sirul esok diteruskan



Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, sidang media secara telesidang bersama Sirul Azhar Umar tetap diadakan esok.

Walaupun terdapat laporan yang mengatakan Jabatan Imigresen Australia tidak membenarkan sebarang temubual diadakan bersama bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu, namun Mahfuz berkata sidang media tetap dijalankan dan sebarang kemungkinan hanya akan diketahui esok.

"Ya, tetap akan dibuat. Pada pukul 11.33 pagi. (Sebarang kemungkinan) tak tahu. Esok baru kita akan tahu. Selama ini saya ada telefon dia (Sirul), bercakap dengan dia dan saya pun ada e-mel dengan dia.

"Saya dah dapat persetujuan dia dulu, baru saya umumkan mengenai sidang media itu dan dia setuju," kata Mahfuz ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini, seorang jurucakap imigresen Australia memberitahu, jabatan tersebut tidak meluluskan sebarang temubual televisyen dengan Sirul yang kini ditahan di pusat tahanan Villawood, Sydney.

Wednesday, 18 February 2015

Bukit Aman Kerjasama Dengan SKMM Kesan Lelaki Bertopeng Dalam Video 'Ala IS'


Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2015 9:00 AM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Bukit Aman akan bekerjasama erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan empat lelaki bertopeng di dalam video yang mengancam untuk 'meletupkan' mahkamah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh  berkata polis telah melancarkan siasatan ke atas video itu yang dikatakan mempunyai bentuk ancaman seperti kumpulan pengganas negara Islam (IS).

"Dalang akan dibawa ke muka pengadilan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kes itu telah diklasifikasikan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Seksyen 124C Kanun Keseksaan (percubaan untuk menjalankan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata Bukit Aman akan menilai keadaan selanjutnya dan membuat 'persiapan keselamatan yang sesuai'.

Tuesday, 17 February 2015

Anwar, Shafee berentap lagi di mahkamah



Cukup seminggu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menang kes yang dibawanya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka bertemu lagi dalam kes mahkamah lain hari ini.

Pagi ini, ketua pembangkang dibawa daripada Penjara Sungai Buloh ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan disoal balas oleh Shafee.

Shafee mengingatkan Anwar “jangan main-main” menjawab soalan di mahkamah.

Anwar pula berkata soalan Shafee padanya sebagai “tidak masuk akal” dan membangkitkan dakwaan “bermotifkan politik”.

Shafee menjadi peguam utama pasukan pembelaan terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam saman RM100 juta padanya.

Bekas AG: Shafee 'iklankan' diri sendiri



Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata pada zamannya dan sebelum itu lagi, peguam yang dilantik sebagai pendakwa untuk Pejabat Peguam Negara (AGC) tidak pernah “mengiklankan” diri di media.

Abu Talib berkata beliau sebaliknya melihat peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah melakukan perkara itu dengan memberikan wawancara kepada media selepas sabitan kes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ya, Shafee kelihatan pandai lakukan perkara itu -- “iklankan” dirinya (selepas menang),” katanya sambil ketawa.

Abu Talib (kanan) merujuk kepada wawancara Shafee dengan akhbar arus perdana New Straits Times dan Utusan Malaysia baru-baru ini.

Ditanya Malaysiakini sama ada ia pernah berlaku sebelum ini, Abu Hasan menjawab tidak.

Beliau berkhidmat sebagai peguam negara daripada tahun 1980 hingga 1993.

Beliau juga dilantik menjadi pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk tiga penggal.

Monday, 16 February 2015

Ambiga tak gentar didakwa hina mahkamah



Datuk S Ambiga tidak gentar dengan amaran pihak pendakwaan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyeret peguam kanan itu atas dakwaan menghina mahkamah.

Bekas pengerusi Majlis Peguam itu mengulas kenyataan Tan Sri Shafee Abdullah, yang bertindak penolong pendakwa raya dalam rayuan kes liwat, yang menggesa Jabatan Peguam Negara berbuat demikian semalam.

"Saya langsung tidak berasa gentar," kata Ambiga, bekas pengerusi bersama BERSIH, dalam kenyataannya hari ini.

"Saya tiada apa-apa masalah untuk berdepan dengan dakwaan ini jika benar saya dituduh (di mahkamah). Biarkan kebenaran terbongkar."

Projek Kidex Batal - Azmin


Diterbitkan: Isnin, 16 Februari 2015 3:00 PM
KIDEX adalah lebuh raya bertingkat bermula di Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE) berhampiran Damansara dan berakhir di Lebuhraya Bukit Jalil berhampiran Kinrara. Lebuh raya ini merangkumi laluan utama sepanjang 14.9 kilometer serta susur lebuh raya sepanjang 11.2km .
  (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Azmin Ali membatalkan projek Kinrara-Damansara Expressway (Kidex) berikutan pemegang konsesi gagal mencapai tiga syarat yang ditetapkan sebelum tarikh tutup pada 14 Februari lalu.

"Memandangkan tidak ada sesiapa yang mencapai syarat-syarat  diperlukan Kidex dalam tempoh yang diberikan, kerajaan Selangor mengumumkan pembatalan projek tersebut," jelasnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Azmin berkata, tiga syarat yang perlu ada ialah bebas daripada penilaian kesesakan lalulintas, kesan sosial dan kesan penilaian alam sekitar kepada penduduk di kawasan sekitar yang boleh memberi faedah ataupun kesan negatif.

"Kidex juga menjangkakan pendedahan kadar bayaran tol bagi tempoh tertentu.

"Pihak konsesi perlu menyerahkan jangkaan kutipan tol dan serahkannya kepada pelabur.

"Mereka juga perlu mendedahkan kontrak konsesi bersama polisi Pakatan Rakyat yang berintegriti dan bertanggungjawab," jelasnya.

Azmin menambah, pendekatan tersebut turut digunakan dalam permohonan yang lain.

Tukang Masak Didakwa Bunuh Pelajar UiTM Pulau Pinang


Diterbitkan: Isnin, 16 Februari 2015 2:12 PM
Syarafi Abu, 25, (tengah) didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh penuntut wanita UiTM Pulau Pinang 2 Februari lalu.
  (Ubah saiz teks)
TAIPING: Seorang tukang masak didakwa di Mahkamah Majistret pada Isnin atas pertuduhan membunuh penuntut wanita Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang pada awal Februari lepas.

Tertuduh, Syarafi Abu, 25, didakwa membunuh Nur Syuhada Johari, 20, pada 11.55 pagi di Kilometer 228.2, Lebuhraya Utara Selatan, di sini, pada 2 Feb lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. 

Ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Eyu Ghim Siang, tertuduh menggelengkan kepala sebagai tanda tidak faham dengan pertuduhan yang dibacakan itu.

"Mahkamah tidak minta pengakuan kamu, cuma tanya sama ada kamu faham atau tidak dengan pertuduhan," kata Majistret.

Namun, Syarafi masih tidak faham dengan pertuduhan yang dibacakan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan semula kes berikutan laporan kimia dan bedah siasat mangsa masih belum siap.

Eyu kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 21 April depan dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Galeri mahkamah turut dipenuhi anggota keluarga tertuduh, wartawan dan juga orang ramai. -BERNAMA