Tuesday 24 February 2015

Anwar tak mohon pengampunan diraja



Walaupun mempunyai pilihan untuk memohon pengampunan diraja untuk mengekalkan kerusi Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mengambil tindakan itu.

Tindakan itu terus membuka peluang baginya untuk memfailkan semakan kehakiman untuk mengetepikan sabitan kes Liwat II oleh Mahkamah Persekutuan.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli semalam berkata Anwar tidak mengeluarkan arahan kepada peguamnya untuk memohon pengampunan diraja kerana tetap dengan pendirian “tidak bersalah”.

Perkara itu turut disahkan oleh seorang peguam Anwar, Latheefa Koya, yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR kepadaMalaysiakini.

Tindakan memohon pengampunan diraja boleh membawa maksud seakan-akan Anwar mengaku bersalah dalam kes yang disabitkan pada 10 Februari lalu.

Anwar terus mempertahankan beliau tidak bersalah dan mendakwa terdapat konspirasi dalam kes itu.

Mahkamah mensabitkan beliau bersalah melibat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Antara ahli politik yang pernah mendapatkan pengampunan diraja sebelum ini ialah bekas menteri besar Datuk Harun Idris, yang berdepan tuduhan rasuah.

Jika Anwar memohon pengampunan diraja, permohonan harus dibuat dan kerusi Permatang Pauh kekal miliknya selagi keputusan belum dibuat.

Dengan perkembangan terbaru hari ini, speaker Dewan Rakyat dijangka mengumumkan kekosongan kerusi itu dan pilihan raya kecil harus diadakan dalam tempoh 60 hari.

No comments:

Post a Comment