Wednesday, 5 March 2014

Polis P. Pinang Perangi Dadah Dan Ah Long



    Guan Beng Kang (kiri) dan Azmi Adam akan mengetuai JSJN dan JSJK Pulau Pinang.
    GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang akan memberikan tumpuan memerangi dua jenayah iaitu sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen, ah long dan aktiviti pengedaran dadah.
    Ketua polis negeri itu, Datuk Rahim Hanafi berkata, bagi memerangi jenayah berkenaan, dua ketua bagi dua jabatan berasingan iaitu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) akan memulakan tugas mereka.
    Mereka yang dimaksudkan ialah Asisten Komisioner Azmi Adam iaitu ketua JSJK dan Ketua JSJN, Supritendan Guan Beng Kang.

    "Kedua-dua pegawai ini sangat komited terhadap tugas dan saya percaya mereka dapat melakukan yang terbaik," katanya selepas majlis serah-terima tugas kedua-dua jawatan tersebut di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini pada Rabu.
    Sementara itu, Azmi memberitahu, JSJK akan memberikan tumpuan terhadap kes melibatkan ah long dan aktiviti penjualan DVD cetak rompak.
    "Dalam usaha mencapai visi dan misi PDRM, saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan segala tugas jabatan berjalan lancar.
    "Kami juga berazam untuk menyelesaikan banyak kes yang tertunggak," jelasnya.
    Sementara itu, Guan berkata, JSJN negeri itu akan menggandakan operasi terhadap pengedar dadah selepas ini.
    "Sehingga kini kami telah membuat 13,000 tangkapan dan merampas pelbagai jenis dadah dan usaha ini akan diteruskan bagi memerangi jenayah dadah," katanya.
    • Print this story

No comments:

Post a Comment