Keadaan di luar Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini bertukar kecoh apabila kira-kira 500 orang yang terdiri daripada pelbagai NGO pro-Melayu cuba merempuh barisan anggota polis yang berkawal di pintu utama untuk masuk ke lobi bangunan mahkamah.
Sekitar jam 11.15 pagi, kumpulan tersebut yang menyokong kalimah 'Allah' digunakan secara eksklusif untuk umat Islam, mula melaungkan "La ila Ha Illalah" (Tiada Tuhan Melainkan Allah) dan bertakbir secara keras.
Kumpulan itu pada awalnya mula berkumpul di kawasan dataran terbuka di hadapan Istana Kehakiman seawal jam 8 pagi lagi.
Sebelum kekecohan mula tercetus sekitar jam 11.15 pagi, kumpulan itu dilihat menaiki tangga di hadapan kompleks Istana Kehakiman dan cuba mengasak anggota polis yang berkawal di hadapan pintu masuk.
Kumpulan itu bagaimanapun cuba ditenangkan oleh Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris dan Penolong Setiausaha PERKASA, Norlizaizul Ismail, yang berdiri di antara kumpulan penyokong tersebut dan anggota polis.
Keadaan semakin bertambah kecoh apabila pengerusi majlis, yang meminta hadirin bertenang dan berundur ke belakang, ditarik-tarik oleh hadirin yang kelihatan semakin berang.
Sebahagian wartawan yang membuat liputan tergamam seketika kerana kumpulan tersebut kelihatannya seperti bergaduh sesama sendiri.
Punca kekecohan kemudiannya dikenal pasti apabila sebilangan hadirin yang berdiri berhampiran polis mendakwa wakil COMANGO dibenar masuk ke lobi mahkamah.
Pengerusi majlis yang memakai jubah berwarna hitam, penutup kepala bercorak batik dan berkaca mata hitam kemudiannya berjaya melepaskan diri daripada ditarik-tarik orang ramai.
Beliau kemudian dilihat menghampiri seorang pegawai polis bertugas dan meminta pasukan tersebut menahan individu tertentu dalam perhimpunan tersebut bagi menenangkan keadaan.
Pegawai polis itu bagaimanapun menolak permintaan tersebut dan memberitahunya keadaan masih terkawal.
Keadaan kemudian beransur reda pada kira-kira jam 12 tengahari apabila hadirin mula berundur ke arah tangga di hadapan kompleks mahkamah.

No comments:
Post a Comment