Published: Rabu Mac 5, 2014 MYT 12:02:00 PM
KUALA TERENGGANU: Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai pesakit mental bagi menyelesaikan kes al-Quran dicampak di dalam masjid dan lubang tandas di dua masjid berasingan di Besut.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, suspek berusia 27 tahun itu ditahan di Besut kira-kira pukul 5 petang Selasa berdasarkan imej yang diambil dari kamera keselamatan dan maklumat orang ramai.
"Dengan penahanan suspek, kami anggap kes ini selesai dan berharap ia akan menghentikan spekulasi tidak berasas yang tersebar di laman sosial bahawa tindakan itu dilakukan oleh sekumpulan individu yang ingin menghasut perasaan kebencian," kata Jamshah pada sidang media di sini Rabu.
No comments:
Post a Comment